GUEST

Isnin, 1 November 2010

muzik dan salah faham hadis 'dua anak kecil'

Perbincangan mengenai soal muzik adalah suatu skop perbincangan yang seakan-akan tidak berakhir titik-noktahnya. Apatah lagi, dengan wujudnya fatwa sebahagian 'ustaz' dan 'ulama' yang menghalalkan muzik menjadikan isu ini seakan-akan tiada noktahnya bagi kalangan awam. Untuk memenuhi tuntutan hawa, maka manusia akan menggunakan akalnya sedaya upaya untuk menghalalkan apa sahaja tuntutan jiwanya sehingga menyelisihi hadis sohih, atsar, dan perkataan para Ulama Muktabar. Ada juga yang memberi permit halal terhadap muzik dengan syarat ia dibungkus dengan label islami. Namun, gelagat anak-anak muda terutama muslimat yang bagaikan histeria yang menyaksikan konsert penyanyi nasyid antarabangsa lebih kurang sebulan yang lalu tidak ada ubah seperti gaya peminat yang menyaksikan konsert Adam Lambert, MCR, Guns n Roses, dan sebagainya.

Persoalan muzik ini tidak akan berakhir selagi mana umat Islam terus berpuas hati dengan alasan "alahh, ada ulama yang membenarkannya", "ustaz aku kata boleh, apa nak kecoh?", "ini semua khilaf, pilihlah mana yang dirasakan paling tepat" yang mana hanyalah alasan-alasan stereotaip yang acap kali kedengaran. Hukum muzik itu telah menjadi ijmak dari kalangan Salaf dan golongan yang mengikutinya, hanya sahaja ia dianggap 'khilaf' bila mana semua 'pendapat' digabungkan lantas dirumuskan sekaligus tanpa mengambil kira sejauh mana akuratnya pendapat yang menghalalkannya.

Antara hadis yang seringkali dijadikan alasan untuk menghalalkan muzik adalah berpandukan kepada hadis berikut :

Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ ، وَعِنْدِيْ جَارِيَتَانِ تُغْنِيَانِ بِغِنَاءٍ بُعَاثٍ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوْلَ وَجْهَهُ ، وَدَخَلَ اَبُوْبَكْر ٍفَانْتَهَرَنِيْ وَقَالَ : مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَاَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : دَعْهُمَا . فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا ، فَخَرَجَتَا

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemui aku, yang mana di sisiku ada dua orang anak/gadis perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian “Bu’ats” (بعاث). Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: Seruling syaitan di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Rasulullah kemudian menghadap ke Abu Bakar lalu bersabda: Biarkan kedua anak perempuan itu. Ketika baginda tidur, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar”. (Hadis Riwayat Muslim. Lihat: Syarh Muslim 6/182, an-Nawawi)

Ramai yang terkeliru dengan 'غِنَاءٍ' dan memahaminya sebagai nyanyian yang menyerupai fenomena yang ada pada masa kini. Sedangkan 'غِنَاءٍ' yang terdapat dalam matan hadis ini merujuk kepada 'بُعَاثٍ' dan "bu'ats" itu tidaklah sama dengan nyanyian yang beriringan dengan muzik.

Apakah makna 'بُعَاثٍ' (bu'ats)? :

“Bu’ats" (بعاث) asalnya ialah nyanyian yang di ambil dari syair mengenai peperangan, keberanian dan motivasi agama. Ia dinyanyikan oleh bangsa Aus ketika memperolehi kemenangan besar dalam peperangan melawan suku Khazraj. Perkara ini (bu’ats) telah dijelaskan oleh Imam al-Bagawi dalam kitab “Syarhus Sunnah” 4/322)

Kelompok yang mencipta permit menghalalkan nyanyian dan muzik yang ada pada masa kini bertaqlidkan salah faham Ibhu Hazm dalam memahami hadis ini. Ibnu Hazm berdalil bahawa harusnya/bolehnya muzik secara mutlak dengan hadis ‘Aisyah tersebut yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, ‘Aisyah berkata: “Rasulullah masuk menemuiku, sementara di sisiku ada dua orang gadis kecil...”

Ahli ilmu telah membantah takwil lbnu Hazm dan orang-orang yang mengikutinya dalam memahami hadis ini sebagai berikut:

Pertama: Rasulullah s.a.w. tidak mengingkari perkataan Abu Bakar yang menyebut muzik sebagai senandung syaitan.” (Risaalah fi Ahkamil Ghina’ tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah halaman 36)

Kedua: Perkataan Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat ada hari besarnya dan ini adalah hari besar kita” menunjukkan bahawa hukum asalnya adalah dilarang, kalaulah itu terjadi pada selain hari ‘Ied tentu Rasulullah s.a.w. menyetujui larangan Abu Bakar r.a..

Ketiga: Tidaklah mungkin Abu Bakar r.a. berani dan mendahului Rasulullah s.a.w. dan di dalam rumah beliau untuk mengingkari dengan keras seperti itu. Kecuali bila sebelumnya beliau mengetahui bahawa musik hukumnya haram. Akan tetapi pada saat itu Abu Bakar belum tahu bahawa dibolehkan pada hari ‘Ied bernyanyi dan memukul rebana. Dan di antara dalil yang menunjukkan bahawa pengharaman ini bersifat umum, lalu dikecualikan darinya hari ‘Ied menurut batasan-batasan yang akan disebutkan pada tempatnya - insyaAllah.

Keempat: Hadis tersebut menjelaskan bahawa berkumpul mendengar muzik bukan termasuk kebiasaan Nabi s.a.w. dan para sahabat beliau s.a.w.. Oleh kerana itulah Abu Bakar ash-Shiddiq mencelanya dan menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan.

Kelima: Perkataan ‘Aisyah tentang kedua gadis kecil itu bahawa keduanya bukanlah biduanita. Ini menunjukkan bahawa keringanan atau ketentuan tersebut berlaku bagi kedua gadis kecil. Anak kecil diberi kelonggaran yang tidak diberikan kepada orang dewasa dalam bab permainan. (Hukmul Islam fil Musiqi bul Ghinaa’ halaman 54)

Keenam: Adapun Nabi tidak mengingkari kedua gadis kecil itu kerana hari itu adalah hari ‘Ied, bukan pada hari yang lainnya.

Sheikh Soleh al-Fauzan berkata dalam bukunya yang mengkritik Kitab Halal wal Haram yang berjudul al-I'lam bin naqdi al-Halal wal-Haram fil Islam : “Adapun hadis nyanyian dua orang gadis kecil maka tidak terdapat dalil di dalamnya atas bolehnya muzik. Kerana hanya menunjukkan pembacaan nasyid arab yang menceritakan tentang sifat peperangan yang dilantunkan oleh dua orang gadis kecil pada hari ‘Ied. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata dalam Kitab Madarijus Salikin (Madaarijus Salikin (1/493)): “Yang lebih menghairankan lagi dan hujjah mereka tentang bolehnya muzik yang dilakukan dengan apa yang telah kami sebutkan tadi iaitu berkumpul, beralasan dengan kisah nyanyian dua orang gadis kecil yang belum baligh bersama dengan seorang gadis kecil pada hari ‘Ied lalu ia bergembira dengan syair-syair Arab yang menceritakan tentang keberanian, peperangan, akhlak dan perilaku yang mulia, tentulah amat berbeza antara keduanya. Yang lebih aneh dan pelik lagi sebenarnya hadis ini adalah hujjah yang jelas ke atas mereka. Kerana Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan. Lalu Nabi membenarkan penyebutan tersebut. Beliau s.a.w. memberikan keringanan kepada dua orang gadis kecil yang belum mukallaf (belum baligh) itu kerana tidak ada kerosakan dalam syair yang mereka bawakan dan tidak ada kerosakan mendengarkannya. Maka apakah itu menunjukkan bolehnya apa yang kalian lakukan dan kalian ketahui iaitu mendengar muzik yang bercampur padanya perkara-perkara yang hanya Allah Ta’ala sajalah yang tahu seberapa besar kerosakannya. Maha suci Allah, bagaimana akal dan pemahaman boleh terkeliru.

al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Kitab Fathul Bari, ketika mengulas ucapan Rasulullah s.a.w. “Biarkan mereka berdua hai Abu Bakar!” sebagai berikut:

“Di dalamnya terdapat alasan dan penjelasan tentang sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikira oleh Abu Bakar ash-Shiddiq r.a., iaitu keduanya melakukan hal tersebut tanpa sepengetahuan Rasulullah s.a.w., kerana ketika dia masuk lalu mendapati Rasulullah menutup wajahnya dengan kain, Abu Bakar mengira beliau tidur lalu ia mengingkari perbuatan puterinya kerana sangkaan tersebut. Ditambah lagi sejauh pengetahuannya hal itu termasuk dilarang dan perbuatan sia-sia. Maka iapun segera mengingkarinya mewakili Rasulullah berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepadanya keadaan yang sebenarnya. Lantas beliau menjelaskan hukum disertai penjelasan tentang hikmahnya, iaitu hari tersebut adalah hari ‘Ied. Iaitu kegembiraan yang syar’i, tidaklah diingkari hal seperti itu, sebagaimana juga tidak diingkari pada acara-acara walimah.” (Fathul Bari (11/443))

Ahu Thayyib Ath-Thabari rahimahullah berkata: “Hadis ini merupakan hujjah hagi kami. Kerana Abu Bakar r.a. menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan. Dan Nabi s.a.w. tidak mengingkari ucapan Abu Bakar r.a.. Malahan beliau hanya melarangnya agar tidak terlalu keras dalam memberikan pengingkaran, kerana tabiatnya yang lembut, apatah lagi bahawa hari itu adalah merupakan hari ‘Ied. Dan juga ‘Aisyah pada saat itu masih kecil. Dan sesudah baligh, tidak ada dinukil dariinya kecuali kecaman terhadap nyanyian. Anak saudaranya, iaitu al-Qasim bin Muhammad mengecam nyanyian dan melarang mendengarkannya. Dan beliau mengambil ilmu dari ‘Aisyah r.ha. (Dinukil dari Kitab Ibnul Jauzi, Talbisul Iblis (1/23—24))

Ibnul Jauzi berkata dalam Kitab Talbisul Iblis (Talbjs Iblis halaman 217):

“Secara zahirnya, dapat dilihat bahawa kedua gadis tersebut masih kecil dan ‘Aisyah juga masih kecil. Rasulullah membolehkan gadis-gadis kecil menemaninya dan bermain bersamanya, kemudian ia menyebutkan sanadnya dari Ahmad bin Hambal bahawa ia ditanya tentang jenis nyanyian ini, ia berkata: “Senandung/nyanyian sambutan: Kami datang... kami datang!”

Kemudian Ibnul Jauzi rahimahullah berkata (Talbis Iblis halaman 229): “Adapun hadis ‘Aisyah r.ha telah disebutkan penjelasan tentangnya, iaitu yang disenandungkan/dinyanyikan oleh kedua gadis kecil itu adalah syair lalu disebut sebagai nyanyian, kerana terdapat unsur nasyid dan irama di dalamnya. Hanya saja senandung seperti itui tidak mengeluarkan tabiat dari keseimbangannya. Lalu bagaimana disamakan antara syair pada masa yang aman oleb hati yang suci dengan susana muzik yang begitu keras pada masa sekarang dan dimainkan oleh jiwa yang dipenuhi hawa nafsu. Jelas ini merupakan kesalah-pahaman. Bukankah telah sahih dalam sebuah hadis dari Aisyah bahawa ia berkata: “Kalaulah Rasulullah tahu apa yang dilakukan oleb kaum wanita tentu beliau akan melarang mereka pergi ke masjid.” Hendaklah seorang mufti memperhatikan keadaan yang ada seperti seorang tabib yang memperhatikan keadaan zaman, usia dan negeri kemudian barulah menyebutkan kadar ubatnya. Tentu tidak sama antara nyanyian yang disenandungkan/dilagukan oleh kaum Anshar pada hari Bu’ats dengan nyanyian para amrad (budak lelaki kecil yang belum tumbuh janggut) yang molek dengan alat-alat muzik yang menggerakkan jiwa serta puisi-puisi cinta dan percintaan, penyebutan sifat pipi, paras wajah dan lekuk tubuh. Apakah hal seperti itu dapat meluruskan tabiat? Sungguh sangat jauh perbezaannya. Bahkan jiwa semakin terangsang untuk meraih kenikmatan. Tidak ada orang yang mendakwa selain itu kecuali orang yang dusta atau telah keluar dari fitrah insaniyah.”

Kemudian ia melanjutkan: “Abu Thayyib Ath-Thabari telah memberikan jawaban yang lain bagi hadis ini - Abul Qasim al-Jariri telah menceritakan kepada kami periwayatan darinya, bahawa ia berkata: “Hadis ini merupakan hujjah bagi kami...” (telah disebutkan penukilannya di atas).

Imam an-Nawawi berkata dalam Kitab Syarah Sahih Muslim (Syarah an-Nawawi atas Sahih Muslim (6/182)): “al-Qadhi berkata: “Nyanyian yang disenandungkan/dilagukan oleh kedua gadis kecil itu adalah syair-syair peperangan, membanggakan keberanian, kejayaan dan kemenangan. Syair semacam ini tentu tidak menyeret gadis-gadis kecil itu kepada kerosakan, dan tidak termasuk nyanyian yang diperselisihkan hukumnya. Namun hanya sekadar melagukan syair dengan suara keras. Oleh kerana itu ‘Aisyah menyatakan bahawa keduanya bukanlah biduanita. Iaitu keduanya tidak bernyanyi seperti kebiasaan para biduanita, iaitu menyemarakkan rasa rindu, hawa nafsu dan menyebut-nyebut perkara keji dan sifat gadis-gadis molek yang dapat menggerakan jiwa dan membangkitkan hawa nafsu dan cinta. Sebagaimana dikatakan nyanyian adalah saluran zina. Dan keduanya bukan pula termasuk orang yang masyhur atau dikenali pandai menyanyi, iaitu pandai meliukkan suara dan membangkitkan ghairah orang yang diam dan menyemarakkan sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Dan bukan pula orang yang menjadikannya sebagai pekerjaan, sebagaimana halnya orang-orang Arab menyebut nasyid (syair) sebagai nyanyian.”

al-Hafizh Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Fathul Bari (2/442-443): “Sejumlah kaum sufi berdalil dengan hadis (yakni hadis tentang kisah nyanyian dua gadis kecil) atas bab bolehnya nyanyian dan mendengar nyanyian dengan alat muzik atau tanpa alat muzik. Dan cukuplah sebagai bantahannya penjelasan ‘Aisyah pada hadis yang disebutkan dalam bab di atas sesudah perkataannya: “Keduanya bukanlah biduanita” ‘Aisyah r.ha menafikan dari keduanya sifat budianita secara makna, walau tetap menggunakan lafal tersebut. Kerana istilah nyanyian digunakan juga untuk orang yang mengangkat suara, digunakan juga untuk senandung/nyanyian yang disebut orang Arab dengan an-Nashbu, dengan memfathahkan huruf nun dan mensukunkan huruf sesudahnya, dan digunakan juga untuk makna mars (nyanyian/syair yang seakan-akan berirama), akan tetapi pelakunya tidak disebut penyanyi atau biduan/artis. Namun hanya disebut penyanyi atau biduan bila disenandungkan/dilagukan dengan liukan suara, desahan dan kerinduan yang berisi sindiran kepada perbuatan keji atau penyebutannya secara terang-terangan. al-Qurthubi rahimahullah berkata: “Perkataan ‘Aisyah r.ha: “Keduanya bukanlah biduanita” iaitu bukan termasuk orang yang dikenal bukan sebagai penyanyi seperti halnya para biduan dan biduanita yang dikenal dengan hal itu. Perkataan ‘Aisyah itu untuk menepis anggapan nyanyian tersebut seperti nyanyian yang biasa dilantunkan oleh orang-orang yang dikenali dengan pekerjaan tersebut, iaitu nyanyian yang boleh membangkitkan syahwat dan nafsu terpendam.”

Kemudian beliau rahimahullah berkata: “Adapun perbuatan Rasulullah s.a.w. yang berselimut dengan kain, lantaran menunjukkan bahawa beliau berpaling darinya kerana keadaannya yang tersebut menuntut beliau untuk tidak mendengarkannya. Hanya saja tidak adanya pengingkaran dari beliau s.a.w. menunjukkan pembolehan hal seperti itu menurut ketentuan yang telah beliau setujui, sebab beliau tidak akan menyetujui perbuatan batil. Hukum asalnya adalah menjauhi permainan dan perbuatan sia-sia kecuali yang telah disebutkan dalam nash akan waktu dan kaifiyatnya, agar menekan seminimum mungkin terjadinya penyelisihan terhadap hukum asal, wallahu a’lam.”

Maka, mudah-mudahan terjawablah syubhat berkenaan fahaman yang dilontarkan oleh sebahagian rasionalis berkenaan hukum muzik dengan menyalah tafsirkan kefahaman berkenaan hadis sohih tentang 'Dua Anak Kecil' tersebut. Mudah-mudahan, ia dapat membantu memperbaiki kefahaman kita mengenai hukum sebenar muzik yang masih samar dari kalangan umat Islam pada hari ini..Wallahu A'lam

rujukan :

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/01/078-muzik-bantahan-ke-3-pendalilan.html

http://www.almanhaj.or.id/content/1664/slash/0

Ahad, 31 Oktober 2010

Qunut Subuh di sisi syara'

Persoalan qunut Subuh adalah persoalan yang seringkali menjadi persoalan masyarakat awam. Dengan bertebarnya bacaan, buku-buku, serta artikel-artikel sunnah, ramai dari kalangan awam yang mula berfikiran kritis untuk terus mengkaji agama. Ada di kalangan muslim yang menganggap bahawasanya Qunut subuh adalah sunnah akbar, menghampiri wajib, sehingga bila mana ditinggalkan, disyariatkan untuk melakukan sujud sahwi. Namun, ada juga yang berpendapat, ia adalah suatu bentuk bida'ah dholalah, dan wajib ditinggalkan dalam apa jua keadaan. Oleh itu, bagaimana Islam menyingkapi perkara ini?

Memahami kaedah fiqh ibadah

Dalam ibadah, menetapkan suatu amalan bahwa itu adalah disyariatkan (wajib maupun sunnah) hanya terbatas sekiranya terdapat dalil dari Al-Qur'an maupun As-sunnah yang shohih menjelaskannya. Kalau tidak ada dalil yang benar maka hal itu tergolong membuat perkara baru dalam agama (bid'ah), yang terlarang dalam syariat Islam sebagaimana dalam hadits Aisyah riwayat Bukhary-Muslim :

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَد ٌّ. وَ فِيْ رِوَايَةِ مُسْلِمٍ : ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمُرُنَا فَهُوَ رَدَّ

"Siapa yang yang mengadakan hal baru dalam perkara kami ini (dalam Agama-pent.) apa yang sebenarnya bukan dari perkara maka hal itu adalah tertolak". Dan dalam riwayat Muslim : "Siapa yang berbuat satu amalan yang tidak di atas perkara kami maka ia (amalan) adalah tertolak".

Hal ini harus dijadikan sandaran bagi umat Islam sebelum melakukan sesuatu ibadah supaya tidak tergolong dalam pelaku bida'ah.

Khilaf dari kalangan Ulama

Ada tiga pendapat dikalangan para ulama, berkenaan adakah qunut Subuh itu disyariatkan atau tidak.

Pendapat pertama : Qunut shubuh disunnahkan secara terus-menerus, ini adalah pendapat Malik, Ibnu Abi Laila, Al-Hasan bin Sholih dan Imam Syafi'iy.

Pendapat kedua : Qunut shubuh tidak disyariatkan karena qunut itu sudah mansukh (terhapus hukumnya). Ini pendapat Abu Hanifah, Sufyan Ats-Tsaury dan lain-lainnya dari ulama Kufah.

Pendapat ketiga : Qunut pada sholat shubuh tidaklah disyariatkan kecuali pada qunut nazilah maka boleh dilakukan pada sholat shubuh dan pada sholat-sholat lainnya. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Al-Laits bin Sa'd, Yahya bin Yahya Al-Laitsy dan ahli fiqh dari para ulama ahlul hadits.

Ulasan pendapat pertama

Dalil yang paling kuat yang dipakai oleh para ulama yang menganggap qunut subuh itu sunnah adalah hadits berikut ini :

مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا

"Terus-menerus Rasulullah shollallahu 'alaihi wa a lihi wa sallam qunut pada sholat Shubuh sampai beliau meninggalkan dunia".

Dikeluarkan oleh 'Abdurrozzaq dalam Al Mushonnaf 3/110 no.4964, Ahmad 3/162, Ath-Thoh awy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/244, Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadits Wamansukhih no.220, Al-Ha kim dalam kitab Al-Arba'in sebagaimana dalam Nashbur Royah 2/132, Al-Baihaqy 2/201 dan dalam Ash-Shugro 1/273, Al-Baghawy dalam Syarhus Sunnah 3/123-124 no.639, Ad-Daruquthny dalam Sunannya 2/39, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtaroh 6/129-130 no.2127, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.689-690 dan dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiyah no.753 dan Al-Khatib Al-Baghdady dalam Mudhih Auwan Al Jama' wat Tafr iq 2/255 dan dalam kitab Al-Qunut sebagaimana dalam At-Tahqiq 1/463.

Semuanya dari jalan Abu Ja'far Ar-Rozy dari Ar-Robi' bin Anas dari Anas bin Malik.

Hadits ini dishohihkan oleh Muhammad bin 'Ali Al-Balkhy dan Al-Hakim sebagaimana dalam Khulashotul Badrul Munir 1/127 dan dipersetujui pula oleh Imam Al-Baihaqy. Namun Imam Ibnu Turkumany dalam Al-Jauhar An-Naqy berkata : "Bagaimana bisa sanadnya menjadi shohih sedangkan rawi yang meriwayatkannya dari Ar-Rob i' bin Anas adalah Abu Ja'far 'Isa bin Mahan Ar-Rozy mutakallamun fihi (dikritik)". Berkata Ibnu Hambal dan An-Nasa`i : "Laysa bil qowy (bukan orang yang kuat)". Berkata Abu Zur'ah : " Yahimu katsiran (Banyak salahnya)". Berkata Al-Fallas : "Sayyi`ul hifzh (Teruk hafalannya)". Dan berkata Ibnu Hibban : "Dia bercerita dari rowi-rowi yang masyhur hal-hal yang mungkar"."

Dan Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma'ad jilid I hal.276 setelah menukil suatu keterangan daripada gurunya Ibnu Taimiyah tentang salah satu bentuk hadits mungkar yang diriwayatkan oleh Abu Ja'far Ar-Rozy, beliau berkata : "Dan yang dimaksudkan bahwa Abu Ja'far Ar-R ozy adalah orang yang memiliki hadits-hadits yang mungkar, sama sekali tidak dipakai hujjah oleh seorang pun dari para ahli hadits periwayatan haditsnya yang ia bersendirian dengannya".

Dan bagi siapa yang membaca keterangan para ulama tentang Abu Ja'far Ar-R ozy ini, ia akan melihat bahwa kritikan terhadap Abu Ja'far ini adalah Jarh mufassar (Kritikan yang jelas menerangkan sebab lemahnya seorang rawi). Maka apa yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar dalam Taqrib-Tahdzib sudah sangat tepat. Beliau berkata : "Shoduqun sayi`ul hifzh khususon 'anil Mughiroh (Jujur tapi teruk hafalannya, terlebih lagi riwayatnya dari Mughirah).

Maka Abu Ja'far ini lemah haditsnya dan hadits qunut subuh yang ia riwayatkan ini adalah hadits yang lemah bahkan hadits yang mungkar.

Hadith tersebut(riwayat Abu Ja'far) dihukum lemah atas dua sebab:

Satu : Makna yang ditunjukkan oleh hadits ini bertentangan dengan hadits shohih yang menunjukkan bahwa Nabi shollallahu 'alaihi wa alihi wa sallam tidak melakukan qunut kecuali qunut nazilah, sebagaimana dalam hadits Anas bin Malik :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَقْنُتُ إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ عَلَى قَوْمٍ

"Sesungguhnya Nabi shollallahu 'alaihi wa a lihi wa sallam tidak melakukan qunut kecuali bila beliau berdo'a untuk (kebaikan) suatu kaum atau berdo'a (keburukan atas suatu kaum)" . Dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah 1/314 no. 620 dan dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq 1/460 dan dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 639.

Kedua : Adanya perbedaan lafazh dalam riwayat Abu Ja'far Ar-Rozy ini sehingga menyebabkan adanya perbezaan dalam mengistinbat hukum dari perbedaan lafazh tersebut dan menunjukkan lemahnya dan tidak tetapnya ia dalam periwayatan. Kadang ia meriwayatkan dengan lafazh yang disebut di atas dan kadang meriwayatkan dengan lafazh :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ فٍي الْفَجْرِ

"Sesungguhnya Nabi shollahu 'alahi wa alihi wa sallam qunut pada shalat Subuh".

Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/104 no.7003 (cet. Darut Taj) dan disebutkan pula oleh imam Al Maqdasy dalam Al Mukhtarah 6/129.

Seebagian para 'ulama syafi'iyah menyebutkan bahwa hadits ini mempunyai beberapa jalan-jalan lain yang menguatkannya, maka mari kita melihat jalan-jalan tersebut :

Jalan Pertama : Dari jalan Al-Hasan Al-Bashry dari Anas bin Malik, beliau berkata :

قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَأَبُوْ بَكْرٍ وَعُمْرَ وَعُثْمَانَ وَأَحْسِبُهُ وَرَابِعٌ حَتَّى فَارَقْتُهُمْ

"Rasulullah Shollallahu 'alaihi wa alihi wa Sallam, Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman, dan saya (rawi) menyangka "dan keempat" sampai saya berpisah denga mereka".

Hadits ini diriwayatkan dari Al Hasan oleh dua orang rawi :

Pertama : 'Amru bin 'Ubaid. Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/243, Ad-Daraquthny 2/40, Al Baihaqy 2/202, Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya Ibnul Jauzy meriwayatkannya dalam At-Tahqiq no.693 dan Adz-Dzahaby dalam Tadzkiroh Al Huffazh 2/494. Dan 'Amru bin 'Ubaid ini adalah gembong kelompok sesat Mu'tazilah dan dalam periwayatan hadits ia dianggap sebagai rawi yang matrukul hadits (ditinggalkan haditsnya).

Kedua : Isma'il bin Muslim Al Makky, dikeluarkan oleh Ad-Da raquthny dan Al Baihaqy. Dan Isma'il ini dianggap matrukul hadits oleh banyak orang imam. Baca : Tahdzibut Tahdzib.

Catatan :

Berkata Al Hasan bin Sufyan dalam Musnadnya : Dikhabarkan kepada kami Ja'far bin Mihron, (ia berkata) menceritakan kepada kami 'Abdul Warits bin Sa'id, (ia berkata) menceritakan kepada kami Auf dari Al Hasan dari Anas beliau berkata :

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقْتُهُ

"Saya sholat bersama Rasulullah Shollallahu 'alaihi wa alihi wa Sallam maka beliau terus-menerus qunut pada sholat Subuh sampai saya berpisah dengan beliau".

Riwayat ini merupakan kekeliruan dari Ja'far bin Mihron sebagaimana yang dikatakan oleh imam Adz-Dzahaby dalam Mizanul I'tidal 1/418. Karena 'Abdul Warits tidak meriwayatkan dari Auf tapi dari 'Amru bin 'Ubeid sebagaiman dalam riwayat Abu 'Umar Al Haudhy dan Abu Ma'mar – dan beliau ini adalah orang yang paling kuat riwayatnya dari 'Abdul Warits-.

Jalan kedua : Dari jalan Khalid bin Da'laj dari Qotadah dari Anas bin M alik :

صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَخَلْفَ عُمَرَ فَقَنَتَ وَخَلْفَ عُثْمَانَ فَقَنَتَ

"Saya sholat di belakang Rasulullah shollallahu 'alaihi wa alihi wa sallam lalu beliau qunut, dan dibelakang 'umar lalu beliau qunut dan di belakang 'Utsman lalu beliau qunut".

Dikeluarkan oleh Al Baihaqy 2/202 dan Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadi ts wa Mansukhih no.219. Hadits di atas disebutkan oleh Al Baihaqy sebagai pendukung untuk hadits Abu Ja'far Ar-Rozy tetapi Ibnu Turkumany dalam Al Jauhar An Naqy menyalahkan hal tersebut, beliau berkata : "Perlu dilihat keadaan Khalid apakah boleh dipakai sebagai syahid (pendukung) atau tidak, karena Ibnu Hambal, Ibnu Ma'in dan Ad-Daruquthny melemahkannya dan Ibnu Ma' in berkata di (kesempatan lain) : laisa bi syay`in (tidak dianggap) dan An-Nasa`i berkata : laisa bi tsiqoh (bukan tsiqoh). Dan tidak seorangpun dari pengarang Kutubus Sittah yang mengeluarkan haditsnya. Dan dalam Al-Mizan, Ad Daraquthny mengkhususkannya dalam kategori rawi-rawi yang matruk.

Kemudian yang aneh, di dalam hadits Anas yang lalu, perkataannya "Terus-menerus beliau qunut pada sholat Subuh hingga beliau meninggalkan dunia", itu tidak terdapat dalam hadits Khalid. Yang ada hanyalah "beliau (nabi) 'alaihis Salam qunut", dan ini adalah perkara yang ma'ruf (dikenal). Dan yang aneh hanyalah terus-menerus melakukannya sampai meninggal dunia.

Jalan ketiga : Dari jalan Ahmad bin Muhammad dari Dinar bin 'Abdillah dari Anas bin Malik :

مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْصُبْحِ حَتَّى مَاتَ

"Terus-menerus Rasulullah Shollallahu 'alaihi wa a lihi wa Sallam qunut pada sholat Subuh sampai beliau meninggal".

Dikeluarkan oleh Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya, Ibnul Jauzy dalam At-Tahq iq no. 695.

Ahmad bin Muhammad yang diberi gelar dengan nama Ghulam Khalil adalah salah seorang pemalsu hadits yang terkenal. Dan Dinar bin 'Abdillah, kata Ibnu 'Ady : "Mungkarul hadits (Mungkar haditsnya)". Dan berkata Ibnu Hibban : "Ia meriwayatkan dari Anas bin Malik perkara-perkara palsu, tidak halal dia disebut di dalam kitab kecuali untuk mencelanya".

Ulasan pendapat kedua

Para ulama yang menganggap Qunut shubuh tidak disyariatkan karena qunut itu sudah mansukh berdalilkan dengan hadits Abu Hurairah riwayat Bukhary-Muslim :

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ حِيْنَ يَفْرَغُ مِنْ صَلاَةِ الفَجْرِ مِنَ الْقِرَاءَةِ وَيُكَبِّرُ وَيَرْفَعُ رَأْسَهُ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يَقُوْلُ وَهُوَ قَائِمٌ اَللَّهُمَّ أَنْجِ اَلْوَلِيْدَ بْنَ الْوَلِيْدِ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِيْ رَبِيْعَةَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ مِنَ الْمُُؤْمِنِيْنَ اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ كَسِنِيْ يُوْسُفَ اَللَّهُمَّ الْعَنْ لِحْيَانَ وَرِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَتِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ ثُمَّ بَلَغَنَا أَنَهُ تَرَكَ ذَلِكَ لَمَّا أَنْزَلَ : (( لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوْبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُوْنَ ))

"Adalah Rasulullah shollallahu 'alaihi wa alihi wa sallam ketika selesai membaca (surat dari rakaat kedua) di shalat Fajr (Subuh) dan kemudian bertakbir dan mengangkat kepalanya (I'tidal) berkata : "Sami'allahu liman hamidah rabbana walakal hamdu, lalu beliau berdoa dalaam keadaan berdiri. "Ya Allah selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Salamah bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan orang-orang yang lemah dari kaum mu`minin. Ya Allah keraskanlah pijakan-Mu (adzab-Mu) atas kabilah Mudhar dan jadianlah atas mereka tahun-tahun (kelaparan) seperti tahun-tahun (kelaparan yang pernah terjadi pada masa) Nabi Yusuf. Wahai Allah, laknatlah kabilah Lihyan, Ri'lu, Dzakw an dan 'Ashiyah yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kemudian sampai kepada kami bahwa beliau meningalkannya tatkala telah turun ayat : "Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim". (HSR.Bukhary-Muslim)

Berdalilkan dengan hadits ini menganggap mansukh-nya qunut adalah pendalilan yang lemah karena dua hal :

Pertama : ayat tersebut tidaklah menunjukkan mansukhnya qunut sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Qurthuby dalam tafsirnya, sebab ayat tersebut hanyalah menunjukkan peringatan dari Allah bahwa segala perkara itu kembali kepada-Nya. Dialah yang menentukannya dan hanya Dialah yang mengetahui perkara yang ghoib.

Kedua : Diriwayatkan oleh Bukhary – Muslim dari Abu Hurairah, beliau berkata :

وَاللهِ لأَقْرَبَنَّ بِكُمْ صَلاَةَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ يَقْنُتُ فِي الظُّهْرِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ وَصَلاَةِ الْصُبْحِ وَيَدْعُوْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ.

Dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sungguh saya akan mendekatkan untuk kalian cara shalat Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada shalat Dhuhur, Isya' dan Shubuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan meminta laknat untuk orang-orang kafir".

Ini menunjukkan bahwa qunut nazilah belum mansukh. Andai kata qunut nazilah telah mansukh tentunya Abu Hurairah tidak akan mencontohkan cara sholat Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam dengan qunut nazilah .

Ulasan pendapat ketiga

Dalil Pendapat Ketiga

Satu : Hadits Sa'ad bin Thoriq bin Asyam Al-Asyja'i

قُلْتُ لأَبِيْ : "يَا أَبَتِ إِنَّكَ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وآله وسلم وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيَ رَضِيَ الله عَنْهُمْ هَهُنَا وَبِالْكُوْفَةِ خَمْسَ سِنِيْنَ فَكَانُوْا بَقْنُتُوْنَ فيِ الفَجْرِ" فَقَالَ : "أَيْ بَنِيْ مُحْدَثٌ".

"Saya bertanya kepada ayahku : "Wahai ayahku, engkau sholat di belakang Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam dan di belakang Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman dan 'Ali radhiyallahu 'anhum di sini dan di Kufah selama 5 tahun, apakah mereka melakukan qunut pada sholat subuh ?". Maka dia menjawab : "Wahai anakku hal tersebut (qunut subuh) adalah perkara baru (bid'ah)". Dikeluarkan oleh Tirmidzy no. 402, An-Nasa`i no.1080 dan dalam Al-Kubro no.667, Ibnu Majah no.1242, Ahmad 3/472 dan 6/394, Ath-Thoy alisy no.1328, Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/101 no.6961, Ath-Thohawy 1/249, Ath-Thobarany 8/no.8177-8179, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihs an no.1989, Baihaqy 2/213, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah 8/97-98, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.677-678 dan Al-Mizzy dalam Tahdzibul Kam al dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Irwa`ul Gholil no.435 dan syeikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad mimma laisa fi Ash-Shoh ihain.

Dua : Hadits Ibnu 'Umar

عَنْ أَبِيْ مِجْلَزِ قَالَ : "صَلَّيْتُ مَعَ اِبْنِ عُمَرَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمْ يَقْنُتْ". فَقُلْتُ : "آلكِبَرُ يَمْنَعُكَ", قَالَ : "مَا أَحْفَظُهُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِيْ".

" Dari Abu Mijlaz beliau berkata : saya sholat bersama Ibnu 'Umar sholat shubuh lalu beliau tidak qunut. Maka saya berkata : apakah lanjut usia yang menahanmu (tidak melakukannya). Beliau berkata : saya tidak menghafal hal tersebut dari para shahabatku". Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy 1246, Al-Baihaqy 2213 dan Ath-Thabarany sebagaimana dalam Majma' Az-Zawa'id 2137 dan Al-Haitsamy berkata :"rawi-rawinya tsiqoh".

Ketiga : tidak ada dalil yang shohih menunjukkan disyari'atkannya mengkhususkan qunut pada sholat shubuh secara terus-menerus.

Keempat : qunut shubuh secara terus-menerus tidak dikenal dikalangan para shahabat sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Umar diatas, bahkan syaikul islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu' Al-Fatawa berkata : "dan demikian pula selain Ibnu 'Umar dari para shahabat, mereka menghitung hal tersebut dari perkara-perkara baru yang bid'ah".

Kelima : nukilan-nukilan orang-orang yang berpendapat disyari'atkannya qunut shubuh dari beberapa orang shahabat bahwa mereka melakukan qunut, nukilan-nukilan tersebut terbagi dua :

1) Ada yang shohih tapi tidak ada pendalilan dari nukilan-nukilan tersebut.

2) Sangat jelas menunjukkan mereka melakukan qunut shubuh tapi nukilan tersebut adalah lemah tidak bisa dipakai berhujjah.

Keenam: setelah mengetahui apa yang disebutkan diatas maka sangatlah mustahil mengatakan bahwa disyari'atkannya qunut shubuh secara terus-menerus dengan membaca do'a qunut "Allahummahdinaa fi man hadait…….sampai akhir do'a kemudian diaminkan oleh para ma'mum, andaikan hal tersebut dilakukan secara terus menerus tentunya akan dinukil oleh para shahabat dengan nukilan yang pasti dan sangat banyak sebagaimana halnya masalah sholat karena ini adalah ibadah yang kalau dilakukan secara terus menerus maka akan dinukil oleh banyak para shahabat. Tapi kenyataannya hanya dinukil dalam hadits yang lemah.

Demikian keterangan Imam Ibnul qoyyim Al-Jauziyah dalam Zadul Ma'ad.

Catatan :

Persoalan lafaz 'Allahummah diniaa fii man hadait...'

Qunut Subuh yang sering dibaca oleh sebilangan imam tatkala menjadi imam solat Subuh adalah doa berikut :

الَلَّهُمَّ اهْدِناَ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِناَ فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّناَ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَباَرِكْ لَناَ فِيْماَ أَعْطَيْتَ، وَقِناَ شَرَّ ماَ قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتَعَالَيْتَ
(sehingga akhir..)

Doa berikut merupakan doa qunut yang dibaca ketika solat witir.

Doa dalam qunut witir yang diajarkan Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam kepada cucu beliau al-Hasan bin ‘Ali:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Artinya : “Ya Allah berilah hidayah kepadaku sebagaimana orang yang Kau beri hidayah, berilah afiat (keselamatan dan kesehatan) kepadaku sebagaimana orang yang kau beri afiat, berilah pertolongan kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri pertolongan, berilah keberkahan padaku pada pemberianMu, lindungilah aku dari keburukan yang telah Engkau takdirkan, sesungguhnya Engkau penentu hukum (syar’i dan qodari) dan tidak ada yang menentukan hukum terhadapMu, dan sesungguhnya tidak akan mendapat kehinaan orang yang Engkau lindungi, dan tidak akan mulya orang yang Engkau musuhi. Maha Banyak Keberkahan (Engkau) Wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau” (H.R Abu Dawud).

Syeikh al-Uthaimeen r.h. pernah ditanya berkenaan masalah qunut witr yang dibaca sewaktu solat Subuh.

Pertanyaan :

“Apakah disyariatkan menggunakan doa qunut witir (yaitu allahummahdini fiman hadaita …) pada rakaat terakhir shalat shubuh?!”

Jawaban beliau,

“Doa qunut witir yang terkenal yang Nabi ajarkan kepada al Hasan bin Ali yaitu allahummahdini fiman hadaita …tidak terdapat dalil yang menunjukkan bolehnya menggunakan doa tersebut untuk selain shalat witir. Tidak terdapat satu riwayat pun yang menunjukkan bahwa Nabi berqunut dengan membaca doa tersebut baik pada shalat shubuh ataupun shalat yang lain.
Qunut dengan menggunakan doa tersebut di shalat shubuh sama sekali tidak ada dasarnya dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Sedangkan qunut shubuh namun dengan doa yang lain maka inilah yang diperselisihkan di antara para ulama. Ada dua pendapat dalam hal ini. Pendapat yang paling tepat adalah tidak ada qunut pada shalat shubuh kecuali ada sebab yang terkait dengan kaum muslimin secara umum.

Misalnya ada bencana selain wabak penyakit yang menimpa kaum muslimin maka kaum muslimin disyariatkan untuk berqunut pada semua shalat wajib, termasuk di dalamnya shalat shubuh, agar Allah menghilangkan bencana dari kaum muslimin.
Meski demikian, andai imam melakukan qunut pada shalat shubuh maka seharusnya makmum tetap mengikuti qunut imam dan mengaminkan doanya sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad dalam rangka menjaga persatuan kaum muslimin.
Sedangkan timbulnya permusuhan dan kebencian karena perbedaan pendapat semacam ini adalah suatu yang tidak sepatutnya terjadi. Masalah ini adalah termasuk masalah yang dibolehkan untuk berijtihad di dalamnya. Menjadi kewajiban setiap muslim dan para penuntut ilmu secara khusus untuk berlapang dada ketika ada perbedaan pendapat antara dirinya dengan saudaranya sesama muslim. Terlebih lagi jika diketahui bahwa saudaranya tersebut memiliki niat yang baik dan tujuan yang benar. Mereka tidaklah menginginkan melainkan kebenaran. Sedangkan masalah yang diperselisihkan adalah masalah ijtihadiah. Dalam kondisi demikian maka pendapat kita bagi orang yang berbeda dengan kita tidaklah lebih benar jika dibandingkan dengan pendapat orang tersebut bagi kita. Hal ini dikarenakan pendapat yang ada hanya berdasar ijtihad dan tidak ada dalil tegas dalam masalah tersebut. Bagaimanakah kita salahkan ijtihad orang lain tanpa mau menyalahkan ijtihad kita. Sungguh ini adalah bentuk kezaliman dan permusuhan dalam penilaian terhadap pendapat” (Kutub wa Rasail Ibnu Utsaimin 208/12-13, pertanyaan no 772, Maktabah Syamilah).

Kesimpulan :

Ketiga-tiga pendapat tersebut, jika diteliti dengan adil, ia termasuk dalam persoalan khilafah ijtihadiyyah. Namun, melalui pembandingan antara ketiga-tiga pendapat, dengan lemahnya hadis yang dijadikan dukungan untuk pendapat pertama serta pendalilan yang lemah untuk pendapat kedua, penulis berpendapat bahawa pendapat ketiga adalah lebih kuat, iaitu qunut pada sholat shubuh tidaklah disyariatkan kecuali pada qunut nazilah maka boleh dilakukan pada sholat shubuh dan pada sholat-sholat lainnya. Maka, bacaan yang sering dibaca oleh kebanyakan orang ketika waktu Subuh adalah hanya pada waktu solat witr dan tidak ada petunjuk daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasalam dan Para Sahabat bahawa bacaan tersebut dilakukan pada waktu rakaat terkahir solat Fahr (Subuh).

maraji' :

http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=436

http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/mengkaji-qunut-nazilah.html

http://itishom.web.id/index.php?option=com_content&view=article&id=38:tanya-jawab-qunut-witir&catid=2:fiqh&Itemid=3

http://my.opera.com/ubaidah/blog/?id=12466642

Isnin, 13 September 2010

Syariat Membimbing dalam Persoalan Ziarah Kubur

Sudah menjadi suatu adat dari kalangan umat Islam di Malaysia, tatkala tibanya Syawal, maka ramailah yang akan berpusu-pusu untuk menziarahi kubur. Islam sebagai sebuah agama yang bersifat wasath, membimbing manusia menuju ke arah kehidupan beragama dalam semua aspek kehidupan, termasuklah dalam persoalan ziarah kubur. Maka, dalam persoalan ziarah kubur, Islam telah menggariskan panduannya sesuai dengan Sunnah Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Salam, kerana Islam itu Sunnah dan Sunnah itu Islam.

Hikmah Dilarangnya Ziarah Kubur Sebelum Diizinkannya
Dahulu Rasulullah melarang para sahabatnya untuk berziarah kubur sebelum disyari’atkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda:
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِياَرَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهاَ فَإِنَّهاَ تُذَكِّرُكُمُ اْلآخِرَةَ وَلْتَزِدْكُمْ زِياَرَتُهاَ خَيْرًا فَمَنْ أَراَدَ أَنْ يَزُوْرَ فَلْيَزُرْ وَلاَ تَقُوْلُوا هُجْرًا ( وِفِي رِوَايَةِ أحْمَدَ: وَلاَتَقُولُوا مَا يُسْخِطُ الرَّبُّ )
“Sesungguhnya aku dahulu telah melarang kalian untuk berziarah kubur, maka sekarang berziarahlah! Karena dengannya, akan bisa mengingatkan kepada hari akhirat dan akan menambah kebaikan bagi kalian. Maka barangsiapa yang ingin berziarah maka lakukanlah, dan jangan kalian mengatakan ‘hujr’ (ucapan-ucapan batil).” (H.R. Muslim), dalam riwayat (HR. Ahmad): “dan janganlah kalian mengucapkan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah.”

Al Imam An Nawawi berkata: “Hikmah dilarangnya ziarah kubur sebelum disyari’atkannya, adalah karena para sahabat di masa itu masih dekat dengan masa jahiliyah, yakni mereka ketika berziarah masih diiringi dengan ucapan-ucapan batil. Setelah kukuh asas-asas Islam dan hukum-hukumnya serta telah tegak simbol-simbol Islam pada diri-diri mereka, barulah disyari’atkan ziarah kubur. (Al Majmu’: 5/310)

Tujuan Disyari’atkannya Ziarah Kubur

Berikut merupakan hadith-hadith yang menjelaskan tujuan disyariatkan ziarah kubur

1. Hadits Buraidah bin Hushaib , Rasulullah bersabda:
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِياَرَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهاَ فَإِنَّهاَ تُذَكِّرُكُمُ اْلآخِرَةَ وَلْتَزِدْكُمْ زِياَرَتُهاَ خَيْرًا
“Sesungguhnya aku dahulu telah melarang kalian untuk berziarah kubur, maka (sekarang) berziarahlah karena akan bisa mengingatkan kalian kepada akhirat dan akan menambah kebaikan bagi kalian.” (HR. Muslim)
dari sahabat Buraidah juga, beliau berkata: “Rasulullah telah mengajarkan kepada para sahabatnya, bilamana berziarah kubur agar mengatakan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ أَنْتُمْ لَنَا فرَطٌ وَنَحْنُ لَكُمْ تَبَعٌ وَأَسْأَلُ اللهَ لَنَا لَكُمُ الْعَافِيَةِ
“Assalamu’alaikum wahai penduduk kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Kami Insya Allah akan menyusul kalian. Kalian telah mendahului kami, dan kami akan mengikuti kalian. Semoga Allah memberikan ampunan untuk kami dan kalian.”(HR. Muslim 3/65)
2. Hadits Abu Sa’id Al Khudri dan Anas bin Malik :
فَزُوْرُوْهاَ فَإِنّ فِيهَا عِبْرَةً (وِفِي رِوَايَةِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ)
“sekarang berziarahlah ke kuburan karena sesungguhnya di dalam ziarah itu terdapat pelajaran yang besar… . Dalam riwayat sahabat Anas bin Malik : … karena dapat melembutkan hati, melinangkan air mata dan dapat mengingatkan kepada hari akhir.” (H.R Ahmad 3/37-38, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ahkamul Janaiz hal: 228).
3. Hadits ‘Aisyah :
“Dahulu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam pernah keluar menuju kuburan Baqi’ lalu beliau mendo’akan kebaikan untuk mereka. Kemudian ‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah tentang perkara itu. Beliau berkata: “Sesungguhnya aku (diperintahkan oleh Allah) untuk mendo’akan mereka. (HR. Ahmad 6/252 dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani , lihat Ahkamul Janaiz hal. 239)
Dalam riwayat lain, ‘Aisyah bertanya: “Apa yang aku ucapkan untuk penduduk kubur? Rasulullah berkata: “Ucapkanlah:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالمُسَتَأْخِرِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ
“Assalamu’alaikum wahai penduduk kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang-orang yang mendahului kami ataupun yang akan datang kemudian. Dan kami Insya Allah akan menyusul kalian.” (HR. Muslim hadits no. 974)
Dari hadits-hadits di atas, kita dapat mengetahui kesimpulan-kesimpulan penting tentang tujuan sebenarnya ziarah kubur:
a. Memberikan manfaat bagi penziarah kubur iaitu untuk mengambil ibrah (pelajaran), melembutkan hati, mengingatkan kematian dan mengingatkan tentang akan adanya hari akhirat.
b. Memberikan manfaat bagi penghuni kubur, yaitu ucapan salam (do’a) dari penziarah kubur dengan lafadz-lafadz yang terdapat pada hadits-hadits di atas, karena inilah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wa Salam, seperti hadits Aisyah dan yang lainnya.
Bilamana ziarah kubur kosong dari maksud dan tujuan tersebut, maka itu bukanlah ziarah kubur yang diridhoi oleh Allah . Al-Imam Ash-Shan’ani rahimahullah mengatakan: “Semuanya menunjukkan tentang disyariatkannya ziarah kubur dan penjelasan tentang hikmah yang terkandung padanya yaitu agar dapat mengambil ibrah (pelajaran). Apabila kosong dari ini (maksud dan tujuannya) maka bukan ziarah yang disyariatkan.” (Lihat Subulus Salam, 2/162)

Adab-adab yang perlu diambil perhatian sewaktu menziarahi kubur

Pertama: Menjauhi ucapan-ucapan batil.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda:
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِياَرَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهاَ فَإِنَّهاَ تُذَكِّرُكُمُ اْلآخِرَةَ وَلْتَزِدْكُمْ زِياَرَتُهاَ خَيْرًا فَمَنْ أَراَدَ أَنْ يَزُوْرَ فَلْيَزُرْ وَلاَ تَقُوْلُوا هُجْرًا ( وِفِي رِوَايَةِ أحْمَدَ: وَلاَتَقُولُوا مَا يُسْخِطُ الرَّبُّ )
“Sesungguhnya aku dahulu telah melarang kalian untuk berziarah kubur, maka sekarang berziarahlah! Karena dengannya, akan bisa mengingatkan kepada hari akhirat dan akan menambah kebaikan bagi kalian. Maka barangsiapa yang ingin berziarah maka lakukanlah, dan jangan kalian mengatakan ‘hujr’ (ucapan-ucapan batil).” (H.R. Muslim), dalam riwayat (HR. Ahmad): “dan janganlah kalian mengucapkan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah.”

Kedua: Tidak menjadikan kuburan sebagai masjid.
Rasulullah bersabda:
اللهمَّ لاَتَجْعَل قَبْرِيْ وَثَنًا يُعْبَدُ اشْتَدَّ غَضَبُ اللهِ عَلى قَوْمٍ اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai watsan (sesembahan selain Allah), sungguh amat besar sekali kemurkaan Allah terhadap suatu kaum yang menjadikan kuburan-kuburan para nabi sebagai masjid-masjid.” (HR. Ahmad)

Makna menjadikan kuburan sebagai masjid mencakupi persoalan mendirikan bangunan masjid di atasnya ataupun beribadah kepada Allah di sisi kuburan. Maka dari itu, tidak pernah dijumpai para sahabat Nabi meRAMAIkan kuburan dengan berbagai jenis ibadah seperti shalat, membaca Al Qur’an, atau jenis ibadah yang lainnya. Karena pada dasarnya perbuatan itu adalah terlarang, lebih tegas lagi larangan tersebut ketika Rasulullah bersabda:
لاَتَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِيْ عِيْدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِيْ حَيْثُ كُنْتُمْ
“Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan dan jangan pula kalian menjadikan kuburanku sebagai tempat yang selalu dikunjungi. Karena di manapun kalian bershalawat untukku, niscaya akan sampai kepadaku.” (HR. Abu Dawud)

Ketiga: Tidak melakukan safar (perjalanan jauh) dalam rangka ziarah kubur.
Rasulullah bersabda:
لاَ تَشُدُّوا الرِّحاَلَ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَساَجِدَ. مَسْجِدِي هَذاَ وَالْمَسْجِدِ الْحَراَمِ وَالْمَسْجِدِ اْلأَقْصَى
“Jangan kalian bepergian mengadakan safar (dengan tujuan ibadah) kecuali kepada tiga masjid: masjidku ini, Masjid Al-Haram, dan Masjid Al-Aqsha.” (HR. Al-Bukhari no. 1139 dan Muslim no. 415)

Ziarah ke kubur Nabi dan dua sahabatnya Abu Bakar dan Umar sememangnya merupakan amalan mustahabbah (dicintai) dalam agama ini, namun dengan syarat tidak melakukan safar semata-mata dengan niat ziarah kubur.

Mungkin ramai yang terkeliru dengan beberapa hadis yang ada menyebut (fadhilat) keutamaan merangka sebuah safar untuk menziarahi kubur Nabi. Namun, sebilangan hadis-hadis tersebut berstatus dhoif, contohnya seperti hadis-hadis di bawah ini:

مَنْ زَارَ قَبْرِي فَقَدْ وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي
“Barang siapa yang berziarah ke kuburanku, niscaya baginya akan mendapatkan syafaatku.”
مَنْ زَرَانِي وَ زَارَ أَبِي فِي عَامٍ وَاحِدٍ ضَمِنْتُ لَهُ عَلَى اللهِ الْجَنَّةَ
“Barangsiapa berziarah ke kuburanku dan kuburan bapakku pada satu tahun (yang sama), aku menjamin baginya Al Jannah.”
مَنْ حَجَّ وَلَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي
“Barangsiapa berhaji dalam keadaan tidak berziarah ke kuburanku, berarti ia meremehkanku”
Semua hadits-hadits di atas ini dho’if (lemah) bahkan maudhlu’ (palsu), sehingga tidak diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari, Muslim, tidak pula Ashabus-Sunan; Abu Daud, An-Nasai’ dan selain keduanya, tidak pula Imam Malik, Asy-Syafi’i, Ahmad, Ats-Tsauri, Al-Auzai’, Al-Laitsi dan lainnya dari para imam-imam ahlu hadits. (lihat Majmu’ Fatawa 27/29-30).

Keempat: Tanah kubur Nabi tidaklah lebih utama dibanding Masjid Nabawi
Tidak ada satu dalil pun dari Al Qur’an, As Sunnah ataupun perkataan dari salah satu ulama salaf yang menerangkan bahwa tanah kubur Nabi lebih utama dibanding Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau Masjidil Aqsha. Pernyataan ini hanya berasal daripada Al Qadhi Iyadh. Segala pernyataan yang tidak dilandasi dengan Al Qur’an ataupun As Sunnah sangat perlu dipertanyakan, apalagi tidak ada seorang pun dari ulama yang menyatakan demikian. (Lihat Majmu’ Fatawa 27/37)

Kelima: Tidak mengkhususkan waktu tertentu baik hari ataupun bulan. Karena tidak ada satu nash pun dari Al-Qur’an, As-Sunnah ataupun amalan para sahabat nabi yang menjelaskan keutamaan waktu tertentu untuk ziarah.

Keenam: Tidak diperbolehkan jalan ataupun duduk diatas kubur. Sebagaimana Rasulullah bersabda:
لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ِثيَابَهُ فَتُخْلِصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجِلِسَ عَلَى قَبْرٍ
“Sungguh jika salah seorang diantara kalian duduk di atas bara api, sehingga membakar bajunya dan menembus kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur”. (HR. Muslim 3/62)
لأَنْ أَمْشِي عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أو أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَن أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ
“Sungguh aku berjalan di atas bara api, atau (tajamnya) sebilah pedang, ataupun aku menambal sandalku dengan kakiku, lebih aku sukai daripada aku berjalan di atas kubur seorang muslim.” (HR. Ibnu Majah dan selainnya)

sumber:
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=1646

Isnin, 6 September 2010

apabila 'Eid jatuh Hari Jumaat

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya. Berkemungkinan besar, tarikh 'Eid akan jatuh pada hari Jumaat..Jadi, adakah kewajiban melaksanakan solat Jumaat masih wajib dilakukan?

Berikut merupakan jawapan terhadap permasalahan berikut melalui fatwa para Ulama Sunnah..

Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah

Pertanyaan : Jika datang ‘Idul Fithri pada hari Jum’at apakah boleh bagiku untuk shalat ‘Id namun aku tidak shalat Jum’at, atau sebaliknya?

Jawab : Apabila Hari Raya bertepatan dengan hari Jum’at maka barangsiapa yang telah menunaikan shalat ‘id berjama’ah bersama imam gugur darinya kewajiban menghadiri shalat Jum’at, dan hukumnya bagi dia menjadi sunnah saja. Apabila dia tidak menghadiri shalat Jum’at maka tetap wajib atasnya shalat zhuhur. Ini berlaku bagi selain imam.

Adapun imam, tetap wajib atasnya untuk menghadiri Jum’at dan melaksanakannya bersama kaum muslimin yang hadir. Shalat Jum’at pada hari tersebut tidak ditinggalkan sama sekali.

(Al-Muntaqa min Fatawa Al-Fauzan VIII/44)

* * *

Al-Lajnah Ad-Daimah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta`

Fatwa no. 2358

Pertanyaan : Pada tahun ini bertemu dalam sehari dua hari raya, yaitu : Hari Jum’at dan ‘Idul Adh-ha. Manakah yang benar : Kita tetap melaksanakan shalat zhuhur jika kita tidak shalat Jum’at, ataukah kewajiban shalat zhuhur gugur apabila kita tidak shalat Jum’at?

Jawab : Barangsiapa yang melaksanakan shalat ‘Id bertepatan dengan hari Jum’at, maka dia diberi rukhshah (keringanan) untuk meninggalkan shalat Jum’at pada hari tersebut, kecuali imam. Adapun imam, tetap wajib atasnya menegakkan shalat Jum’at bersama kaum muslimin yang hadir shalat Jum’at, baik yang sudah shalat ‘Id maupun tidak shalat ‘Id. Apabila tidak ada seorang pun yang hadir, maka gugurlah kewajiban Jum’at darinya, dan dia melaksanakan shalat Zhuhur.

(Para ‘ulama yang berpendapat demikian) berdalil dengan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan-nya dari Iyas bin Abi Ramlah Asy-Syami berkata :

« شهدت معاوية بن أبي سفيان وهو يسأل زيد بن أرقم قال: أشهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم؟ قال: نعم، قال: فكيف صنع؟ قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة، فقال: من شاء أن يصلي فليصل، »

Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam, “Apakah engkau menyaksikan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dua ‘Id bertepatan pada satu hari?” Zaid menjawab, “Ya.” Mu’awiyah bertanya lagi, “Bagaimana yang beliau lakukan?” Zaid menjawab, “Beliau mengerjakan shalat ‘Id kemudian memberikan rukhshah (keringanan) untuk shalat Jum’at. Beliau mengatakan, Barangsiapa yang hendak mengerjakan shalat (Jum’at), maka silakan mengerjakan shalat (Jum’at).” [1]

Juga berdalil dengan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya juga dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda :

« قد اجتمع في يومكم هذا عيدان، فمن شاء أجزأه من الجمعة، وإنا مجمعون »

Telah terkumpul pada hari kalian ini dua ‘Id. Barangsiapa yang mau maka itu sudah mencukupinya dari shalat Jum’at. Sesungguhnya kita memadukan (dua ‘id). [2]

Dalil-dalil tersebut menunjukkan bahwa rukhshah (keringanan) tersebut untuk shalat Jum’at bagi barangsiapa yang telah menunaikan shalat ‘Id pada hari tersebut.

Sekaligus diketahui bahwa tidak berlaku rukhshah bagi imam, karena sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits tersebut, “Sesungguhnya kita memadukan (dua ‘id).” Juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari shahabat An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma :

« أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في صلاة الجمعة والعيد بسبح والغاشية، وربما اجتمعا في يوم فقرأ بهما فيهما »

“Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dulu membaca dalam shalat Jum’at dan shalat ‘Id surat Sabbihis dan surat Al-Ghasyiyah. Terkadang dua ‘Id tersebut bertemu/bertepatan dalam satu hari, maka beliau membaca dua surat tersebut dalam dua shalat (”Id dan Jum’at).”

Barangsiapa yang tidak menghadiri shalat Jum’at bagi yang telah menunaikan shalat ‘Id, maka tetap wajib atasnya untuk shalat Zhuhur, berdasarkan keumuman dalil-dalil yang menunjukkan kewajiban shalat Zhuhur bagi yang tidak shalat Jum’at.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Al-Lajnah Ad-Da`imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta`

Ketua : ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz

Wakil Ketua : ‘Abdurrazzaq ‘Afifi

Anggota : ‘Abdullah bin Ghudayyan

Anggota : ‘Abdullah bin Qu’ud.

* * *

Adapun dalam fatwo 2140, Al-Lajnah menyatakan sebagai berikut :

Apabila ‘Id bertepatan dengan hari Jum’at, maka gugur kewajiban menghadiri shalat Jum’at bagi orang yang telah menunaikan shalat ‘Id. Kecuali bagi imam, kewajiban shalat Jum’at tidak gugur darinya. Terkecuali apabila memang tidak ada orang yang berkumpul/hadir (ke masjid) untuk shalat Jum’at.

Di antara yang berpendapat demikian adalah adalah : Al-Imam Asy-Sya’bi, Al-Imam An-Nakha’i, Al-Imam Al-Auza’i. Ini adalah madzhab shahabat ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, Sa’id, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Az-Zubair radhiyallahu ‘anhum dan para ‘ulama yang sependapat dengan mereka. … .

* * *

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah

Pertanyaan : Apa hukum shalat Jum’at jika bertepatan dengan hari ‘Id, apakah wajib menegakkannya atas seluruh kaum muslimin, ataukah hanya wajib atas sekelompok tertentu saja? Karena sebagian orang berkeyakinan bahwa apabila hari ‘Id bertepatan dengan hari Jum’at berarti tidak ada shalat shalat Jum’at.

Jawab : Tetap wajib atas imam dan khathib shalat Jum’at untuk menegakkan shalat Jum’at, hadir ke masjid, dan shalat berjama’ah mengimami orang-orang yang hadir di masjid. Karena dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menegakkan shalat Jum’at pada hari ‘Id, beliau ‘alahish shalatu was salam melaksanakan shalat ‘Id dan shalat Jum’at. Terkadang beliau dalam shalat ‘Id dan shalat Jum’at sama-sama membaca surat Sabbihisma dan surat Al-Ghasyiyah, sebagaimana dikatakan oleh shahabat An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma dalam riwayat yang shahih dari beliau dalam kitab Shahih (Muslim).

Namun bagi orang yang yang telah melaksanakan shalat ‘Id, boleh baginya untuk meninggalkan shalat Jum’at dan hanya melaksanakan shalat Zhuhur di rumahnya atau berjama’ah dengan beberapa orang saudaranya, apabila mereka semua telah melaksanakan shalat ‘Id.

Apabila dia melaksanakan shalat Jum’at berjama’ah maka itu afdhal (lebih utama) dan akmal (lebih sempurna). Namun apabila ia meninggalkan shalat Jum’at, karena ia telah melaksanakan shalat ‘Id, maka tidak mengapa, namun tetap wajib atasnya melaksanakan shalat Zhuhur, baik sendirian ataupun berjama’ah.

Wallahu Waliyyut Taufiq

(Majmu Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah XII/341-342)

* * *

Dalam fatwanya yang lain, ketika beliau mengingkari pendapat yang menyatakan bahwa jika ‘Id bertepatan dengan hari Jum’at, maka bagi orang yang telah melaksanakan shalat ‘Id gugur kewajiban shalat Jum’at dan shalat Zhuhur sekaligus, Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah mengatakan :

“Ini juga merupakan kesalahan yang sangat jelas. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan atas hamba-hamba-Nya shalat 5 waktu dalam sehari semalam, dan kaum muslimin telah berijma’ atas kewajiban tersebut. Yang kelima pada hari Jum’at adalah kewajiban shalat Jum’at. Hari ‘Id apabila bertepatan dengan hari Jum’at termasuk dalam kewajiban tersebut. Kalau seandainya kewajiban shalat Zhuhur gugur dari orang yang telah melaksanakan shalat ‘Id niscaya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengingatkan hal tersebut. Karena ini merupakan permasalahan yang tidak diketahui oleh umat. Tatkala Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan rukhshah (keringanan) untuk meninggalkan shalat Jum’at bagi orang yang sudah melaksanakan shalat ‘Id dan tidak menyebutkan gugurnya kewajiban shalat Zhuhur, maka diketahui bahwa kewajiban (shalat Zhuhur) tersebut masih tetap berlaku. Berdasarkan hukum asal dan dalil-dalil syar’i, serta ijma’ (kaum muslimin) atas kewajiban shalat 5 waktu dalam sehari semalam.

Dulu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap melaksanakan shalat Jum’at pada (hari yang bertepatan dengan) hari ‘Id, sebagaimana terdapat dalam hadits-hadits, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Shahih-nya dari shahabat An-Nu’man bin Basyir :

« أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في صلاة الجمعة والعيد بسبح والغاشية، وربما اجتمعا في يوم فقرأ بهما فيهما »

“Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dulu membaca dalam shalat Jum’at dan shalat ‘Id surat Sabbihis dan surat Al-Ghasyiyah. Terkadang dua ‘Id tersebut bertemu/bertepatan dalam satu hari, maka beliau membaca dua surat tersebut dalam dua shalat (”Id dan Jum’at).”

Adapun apa yang diriwayatkan dari shahabat ‘Abdullah bin Az-Zubair bahwa beliau melaksanakan shalat ‘Id kemudian tidak keluar lagi baik untuk shalat Jum’at maupun shalat Zhuhur, maka itu dibawa pada kemungkinan bahwa beliau memajukan shalat Jum’at, dan mencukupkan dengan itu dari mengerjakan shalat ‘Id dan shalat Zhuhur. Atau pada kemungkinan bahwa beliau berkeyakinan bahwa imam pada hari tersebut memiliki hukum yang sama dengan yang lainnya, yaitu tidak wajib keluar untuk melaksanakan shalat Jum’at, namun beliau tetap shalat Zhuhur di rumahnya. Kemungkinan mana pun yang benar, kalau pun taruhlah yang benar dari perbuatan beliau bahwa beliau berpendapat gugurnya kewajiban shalat Jum’at dan Zhuhur yang sudah shalat ‘Id maka keumuman dalil-dalil syar’i, prinsip-prinsip yang diikuti, dan ijma’ yang ada bahwa wajib shalat Zhuhur atas siapayang tidak shalat Jum’at dari kalangan para mukallaf, itu semua lebih dikedepankan daripada apa yang diamalkan oleh Ibnu Az-Zubair radhiyallahu ‘anhu. … .

(Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah XXX/261-262)

* * *

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah :

Kenyataannya masalah ini terdapat perbedaan di kalangan ‘ulama rahimahumullah. Pendapat yang kuat, yang ditunjukkan oleh As-Sunnah, bahwa ….

Kita katakan, Apabila hari Jum’at bertepatan dengan ‘Id maka engkau wajib shalat ‘Id. Barangsiapa yang telah melaksanakan shalat ‘Id, maka bagi dia bebas memilih apakah dia mau hadir shalat Jum’at bersama imam, ataukah ia shalat Zhuhur di rumahnya.

Kedua, tetap wajib mengadakan shalat Jum’at di suatu negeri/daerah. Barangsiapa yang hadir maka dia shalat Jum’at, barangsiapa yang tidak hadir maka dia shalat Zhuhur di rumahnya.

Ketiga, pada hari itu shalat Zhuhur tidak dilaksanakan di masjid, karena yang wajib dilaksanakan adalah shalat Jum’at, sehingga tidak dilakukan shalat Zhuhur (di masjid).

Inilah pendapat yang kuat, yang ditunjukkan oleh dalil-dalil As-Sunnah.

(Fatawa Nur ‘ala Ad-Darb - Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin)

* * *

[1] HR. Ahmad (IV/372), Abu Dawud 1070, An-Nasa`i 1591, Ibnu Majah 1310. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Madini, Al-Hakim, dan Adz-Dzahabi. Dishahihkan pula oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud - Al-Umm no. 981. (pent)

[2] HR. Abu Dawud 1073, Ibnu Majah 1311. dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud - Al-Umm no. 983.

sumber :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=1565

Selasa, 27 Julai 2010

Kaedah Berhadapan dengan Asma' wa Sifat

KAEDAH DALIL-DALIL AL-ASMA’ WA AL-SIFAT [I]


Dalam menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t , Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) mempunyai beberapa kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama salaf semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Kaedah ini perlu difahami dengan baik supaya dalam menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t kita menggunakan dalil yang betul serta memahami dalil tersebut dengan betul juga. Berikut adalah kaedah-kaedahnya:

1- Nama-nama dan Sifat-sifat Allah s.w.t Hanya Sabit Melalui al-Qur’an dan al-Sunnah yang Sahih Sahaja.

Berdasarkan kaedah ini, akal manusia tidak berperanan untuk menetap atau menafikan apa-apa sifat kepada Allah s.w.t kerana memikirkan bagaimana Allah s.w.t itu bukanlah peranan akal.

Apa-apa lafaz sifat dan nama yang Allah tetapkan bagi diri-Nya maka wajib kita terima dan beriman sesuai dengan lafaz dan maknanya seperti mendengar, melihat, ar-Rahman, ar-Rahim, mata, tangan, dan sebagainya demikian juga apa-apa yang Allah nafikan wajib kita nafikan seperti beranak, diperanakkan, cacat dan lain-lainnya.

Adapun, jika sifat atau nama itu tidak sabit dalam al-Qur’an atau Hadis yang sahih maka kita bertawaqquf (mendiamkan diri) pada lafaznya dengan tidak menafikan dan tidak pula menetapkannya kepada Allah s.w.t.

Adapun dari segi makna maka dilihat apakah yang hendak dimaksudkan dengan kalimah (lafaz) tersebut. Misalnya kalimah Jisim, Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menggunakan kalimah Jisim sama ada menetap atau menafikan maka kita tidak menceburkan diri dalam membincangkan perkara ini. Dilihat pula apakah maksud Jisim itu. Jika yang dikehendaki dengan jisim adalah zat maka kita katakan Allah mempunyai zat jadi dalam konsep ini tidaklah kufur orang yang mengatakan allah berjisim dengan makna zat tetapi penggunaan kalimah jisim itu perlu dijauhi kerana tidak digunakan Allah dan Rasul-Nya. Adapun jika maksud jisim itu Allah menyamai makhluk maka dalam konteks ini perkataan Allah berjisim dengan makna sama dengan makhluk adalah kufur.

Demikian juga penggunaan kalimah المكان iaitu ‘tempat’ bagi Allah s.w.t. Kita tidak boleh berkata Allah bertempat dan tidak juga Allah tidak bertempat kerana tidak sabit perbincangan ini dalam al-Qur’an dan Hadis Sahih. Dilihat pula maksud kepada mereka yang mengatakan Allah bertempat, jika yang dikehendaki dengan tempat adalah Arasy maka ianya benar tetapi penggunaan kalimah ‘tempat’ tidak sesuai namun jika dikehendaki Allah terhad dan tertentu (terkurung) dalam suatu tempat maka ianya jelas kufur.

Dalil kaedah ini firman Allah s.w.t :

فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya: “oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.[al-A'raf : 158].

Dan sabda Nabi s.a.w:

إنَّ الله فَرَضَ فرائِضَ ، فَلا تُضَيِّعُوها ، وحَدَّ حُدُوداً فلا تَعْتَدوها ، وحَرَّمَ أَشْياءَ ، فلا تَنتهكوها ، وسَكَتَ عنْ أشياءَ رَحْمةً لكُم غَيْرَ نِسيانٍ ، فلا تَبحَثوا عَنْها

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu beberapa kewajipan maka janganlah disia-siakan danDia menetapkan batasan maka jangan kamu lampauinyadan Dia mengharamkan beberapa perkara maka jangan kamu langgarnya dan Dia ‘mendiamkan’ tentang beberapa perkara sebagai Rahmat bagi kamu bukan kerana lupa maka jangan kamu mencari-cari ia“[al-Daruqutni dll].



2- Wajib Menetapkan Nas-nas Sifat Sesuai dengan Makna yang Zahir daripada Lafaznya Tanpa Tahrif (pengubahan).

Berkata Imam al-Zuhri r.h:

“من الله تعالى الرسالة وعلى الرسول صلى الله عليه وسلم البلاغ وعلينا التسليم، أمروا أحاديث رسول الله كما جاءت”

Maksudnya: “Daripada Allah Taala datangnya Risalah (agama), dan atas Rasulullah s.a.w (kewajipan) menyampaikan dan atas kita (kewajipan) menerima; Jalankanlah (berimanlah) kepada hadis-hadis Rasulullah sebagaimana ia datang”[Aqwal al-Tabiin fi al-Tauhid wal Iman, 809].

Berkata Imam al-Khattabi r.h:

مذهب السلف في الصفات إثباتها وإجراؤها على ظاهرها ونفي الكيفية والتشبيه عنها

Maksudnya: “Mazhab al-Salaf (ASWJ) dalam sifat-sifat (allah) adalah menetapkannya dan beriman sesuai dengan zahirnya dan menafikan kaifiat dan penyerupaan (dengan makhluk)”-[Mukhtasar al-Uluww,31]

Berkata pula Imam Ibn abdil Barr r.h:

أهل السنة مجمعون على الإقرار بالصفات الواردة في الكتاب والسنة وحملها على الحقيقة لا على المجاز إلا أنهم لم يكيفوا شيئا من ذلك

Maksudnya: “Ahli Sunnah telah ijmak berikrar (beriman) dengan sifat-sifat (Allah) yang warid (sabit) dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan membawa (maknanya) dengan makna hakiki bukan majazi (kiasan) tetapi mereka tidak memberikan kaifiat (bagaimana) terhadap sifat-sifat tersebut”-[Mukhtasar al-Uluww,32]

Berdasarkan kaedah ini, semua lafaz sifat dalam al-Qur’an dan Hadis Sahih mesti difahami dengan makna yang zahir daripada bahasa Arab yang asli yang wujud pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Maka, apabila Allah berfirman:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Maksudnya: “Dialah al-Rahman yang bersemayam di atas Arasy (Takhta Kebesaran Allah s.w.t)”-[Taha:5]

Kalimah استوى dalam ayat itu perlu difahami dengan bahasa arab yang zahir iaitu العلو (Meninggi) dan الارتفاع (Teratas) kerana di ta’addi dengan huruf jarr على. [Rujuk al-Mukjam al-Wasit, 466].

Demikian juga sifat السمع (Mendengar) maka dalam bahasa arab maksud mendengar adalah “إدراك المسموعات والأصوات”(Mendapat dengar perkara yang boleh didengari dan suara) bukan diterjemah sebagai “Mengetahui perkara-perkara yang boleh didengari” sebagaiman takwilan Asyairah kerana ini bertentangan dengan bahasa asli.

Dalil Kaedah ini sabit melalui Naqli dan Akli. Dalil Naqli adalah firman Allah s.w.t:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.[Yusuf:2]

Dan firman Allah s.w.t:

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا

Maksudnya: ” di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut…”[al-Nisaa:46].

Dalam dalil yang pertama menunjukkan wajibnya memahami dalil sesuai dengan bahasa Arab dan dalam dalil kedua menjadi bukti laranagn mengubah makna nas daripada zahirnya kecuali dengan dalil yang kukuh pula.

Adapun dalil akli adalah Penutur nas ini sama ada al-Qur’an yang ditutrkan oleh Allah atau Hadis Nabawi yang penuturnya adalah Rasulullah s.a.w lebih mengetahui maksudnya dan mereka bertutur dengan bahasa Arab yang jelas maka perlulah difahami sesuai dengan kehendak penuturnya.

Adalah mustahil kita hendak memahami bahasa Arab melalui bahasa Yunani Greek sebagaimana yang dibuat oleh Ahli Kalam sama ada Muktazilah mahupun Asyairah.



3- Zahir Nas-nas Sifat adalah Maklum kepada Kita dari segi Makna dan Majhul dari segi Kaifiat.

Asal kaedah ini adalah ucapan para salaf dan yang masyhur adalah ucapan Imam Malik bin Anas r.h:

الاستواء غير مجهول، والكيف غير معقول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

Maksudnya: “Istiwa’ itu bukanlah majhul (yakni diketahui maknanya bukanlah tidak diketahui) dan caranya itu tidak diketahui oleh akal dan beriman dengannya wajib dan bertanya berkenaan (caranya) adalah bidaah”[Tafsir al-Baghawi,3/236].

Kaedah ini menjadi pembeza di antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan al-Asyairah al-Mufawwidah (الأشاعرة المفوضة) kerana mereka ini berkata sifat Allah (sifat Khabariah) itu Majhul Makna dan Kaif.

Maka, atas kaedah ini, apabila ditanya kepada mereka apakah makna Istiwa’? maka jawabnya: “Hanya Allah sahaja yang tahu”. Adapun jika Ahli Sunnah ditanya apakah makna Istiwa maka jawabnya : “Istiwa’ itu adalah meninggi dan tertatas tetapi bagaimana caranya Allah meninggi dan teratas di atas Arasy hanya Dia jua yang Maha Mengetahui”.

Dalil Kaedah ini sabit dengan Naqli dan Akli. Dalil Naqli adalah firman Allah s.w.t:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”[Sod:29]

Maka, hikmah allah menurunkan al-Quran adalah untuk diteliti maknanya, jika maknanya majhul ternafilah hikmah ini. Ayat ini merupakan tamparan Allah s.w.t kepada al-Asyairah al-Mufawwidah.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat 44:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.”

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w diperintah supaya menjelaskan al-Qur’an maka amat mustahil baginda menjelaskan al-Qur’an tanpa menjelaskan makna. Demikian juga hikmah al-Qur’an itu diturunkan supaya manusia berfirkir maka bagaimana mereka hendak berfikir jika maknanya majhul?!subhananllah.

Adapun dalil akli, adalah mustahil Allah s.w.t menurunkan kitab-Nya yang merupakan kalam-Nya dan Rasul-Nya bertutur menjelaskan kitab-Nya dan kedua-dua kalam ini merupakan hidayah (petunjuk bagi manusia) serta menjelaskan kepada mereka perkara-perkara paling mustahak untuk diketahui tetapi maknanya majhul seperti huruf-huruf hijai (abjad arab) kerana ini menisbahkan kebodohan dan kejahilan kepada Allah dan Rasul-Nya.Maha Suci Allah daripada kekejian lidah Asyairah!!



4- Maksud Zahir Nas-nas itu adalah Apa yang Segera ditangkap Oleh Akal (Zihin) dan Ia Berbeza-beza dengan Berbezanya Siaq Ayat (Gaya Bahasa Sesuatu Ayat).

Kaedah keempat ini sangat penting untuk menjelaskan syubhat ahli bidaah terhadap beberapa tafsiran salaf terhadap ayat-ayat yang disangka ayat sifat.

Perlu difahami bahawa kalimah dalam bahasa arab itu membawa maksud yang berbeza apabila dihubungkan dengan kalimah yang berbeza atau disusun dalam gaya bahasa yang berbeza.

Ambil contoh yang mudah kalimah رغب apabila dihubung dengan huruf jar في yakni (رغب في…) ia membawa makna ‘suka kepada…’ tetapi apabila dihubung kepada huruf عن (رغب عن…) ia membawa maksud ‘benci akan..’.

Terdapat 3 perkara yang mempengaruhi makna sesuatu kalimah:

1-al-Siaq (السياق) yakni Gaya Bahasa

2-al-Idhafah (الإضافـــة) yakni penisbatan

3-at-Tarakib(التراكيب) yakni susunan ayat.

Contoh pengaruh al-Siaq seperti kalimah القريــــــــــة kadangkala membawa maksud kaum dan kadangkala bermaksud tempat tinggal sesuatu kaum.

Dalam firman Allah s.w.t:

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا

Maksudnya: ” dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; “.[al-Israa: 58].

Maksud qaryah adalah suatu kaum dan dalam firman yang lain:

إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ

Maksudnya: “Sebenarnya Kami hendak membinasakan penduduk bandar ini…”[al-Ankabut:31]

Qaryah dalam ayat ini bermaksud tempat tinggal suatu kaum.

Misal Idhafah pula seperti kita berkata:

قبضت الكتاب بيدي

Maksudnya: “Saya memegang buku dengan tangan saya”

Kalimah اليد (tangan) di sini bermaksud tangan makhluk yang merupakan anggota tubuhnya kerana diidafahkan pada makhluk. Kemudian dalam al-Qur’an digunakan kalimah al-Yad dan diidafah kepada Allah s.w.t:

لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ

Maksudnya: “..kepada apa yang Aku (Allah) cipta dengan dua tangan-Ku”

Maka apabila kita mendengar kalam yang pertama sebaik mendengar kalimah ‘tangan’ kita akan terbayang tangan mempunyai lima jari, ruas-ruas jari, kuku dan tapak tangan kerana zahir daripada idafah tangan kepada makhluk. Tetapi bila kita mendengar firman Allah s.w.t maka tersegera dalam akal kita sebaik mendengar kalimah ‘tangan’ suatu sifat Tuhan yang tidak tergambar bagaimana rupanya.

Misal Tarkib pula seperti kita berkata:

ما عندك إلا زيد

Maksudnya: “Tidak ada di sisi kamu kecuali Zaid”

Dan kata kita:

ما زيد إلا عندك

Maksudnya: “Tidaklah Zaid itu kecuali bersama kamu”

Dalam contoh pertama tarkib yang digunaan adalah قصر الصفة على الموصوف yang membawa maksud di sisi kamu hanya ada Zaid seorang sahaja. Adapun dalam tarkib kedua kita terbalikkan قصر الموصوف على الصفة bermakna Zaid hanya berada dengan kamu tetapi tidak bermakna tiada orang lain bersama kamu.

Ini merupakan keajaiban bahasa Arab oleh sebab itulah Allah s.w.t memilih untuk bertutur menggunakan bahasa Arab dalam al-Qur’an.

Oleh itu, perlu difahami bahawa yang dimaksudkan ‘Makna Zahir yang segera tergambar di fikiran’ adalah apa yang tergambar sesuai dengan siaq ayat atau idafahnya atau tarkibnya.

Kesimpulannya, setiap makna kalimah itu perlu dirujuk kepada qarinah-qarinah yang menunjuk kepada sesuatu makna.

sumber : http://mashoori.wordpress.com/2008/11/22/kaedah-dalil-dalil-al-asma-wa-al-sifat-i/

Rabu, 21 Julai 2010

isu ESQ dan sikap Muslimin

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خليل الله محمد الأمين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وبعد،
Dewasa ini, masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan isu kesesatan ESQ dan berlakulah polemik antara para Mufti, Institusi Agama Negara dan pihak-pihak lainnya yang menimbulkan kebingungan dalam kalangan masyarakat awam.

Namun, apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, isu sebegini tidak seharusnya menimbulkan kerungsingan dalam kalangan mereka yang berpegang dengan Manhaj Salafi Ahlus Sunnah wal Jamaah, kerana Ahlus Sunnah wal Jamaah mempunyai prinsip yang jelas sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

قد تركتكم على البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدي إلا هالك
Maksudnya: “Aku telah meninggalkan kamu di atas benda yang putih; malamnya bagaikan siangnya, tidak ada orang yang terpesong daripadanya melainkan orang yang celaka”. [Ahmad, Ibn Majah, al-Munziri dalam al-Targhib wat Tarhib].

Oleh itu, para pengikut manhaj yang mulia dan jelas ini perlulah menjadi jelas juga dalam segenap isu yang timbul dan menilainya dengan ilmiah serta berpegang dengan dalil yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah kerana Ahlus Sunnah wal Jamaah bukanlah kaum emosional yang bertindak atas perasaan semata-mata dan bukan pula mereka yang mengikut arus secara membuta tuli kerana sabda Rasulullah s.a.w:
لا يكُنْ أحَدُكمْ إمَّعَة ، يقول : أنا مع الناس ، إن أحْسنَ الناسُ أحسنتُ ، وإن أساؤوا أسأتُ ، ولكن وَطِّنُوا أنفسكم إن أحسنَ الناسُ أن تُحْسِنُوا ، وإن أساؤوا أن لا تَظلِمُوا
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu menjadi ‘Imma’ah’, dia berkata: Aku mengikut manusia, jika mereka baik maka aku jadi baik, jika mereka buruk maka aku juga melakukan keburukan. Tetapi hendaklah kamu menetapkan diri kamu, jika manusia berbuat baik maka berbuat baiklah kamu, jika mereka menyeleweng maka janganlah kamu juga berlaku seleweng”. [al-Tarmizi].

Oleh itu, dalam menilai ESQ ini, perlulah kita menetapkan pendirian dan iman bahawa Manhaj Salafus Soleh sahaja yang berhak menilai isu dengan ‘adil dan saksama dan hendaklah kita yakin bahawa perkara yang menyelisihi Ijmak Ulama Salafussoleh tidaklah memberi apa-apa keuntungan melainkan kecelakaan dan kerugian semata-mata.
Pendirian Kita Terhadap ESQ:

Maka perlu saya tegaskan di sini bahawa pendirian kita terhadap ESQ adalah jelas ianya suatu perkara BIDAAH yang melawan arus Salafus Soleh dan satu penambahan dalam agama Islam yang sempurna ini dan berlawanan dengan akidah Salafus Soleh.

Penilaian kesesatan dan penyimpangan ESQ ini dapatlah kita bahagikan kepada dua:

Pertama: Penyimpangan daripada segi amalan yang zahir dan penyimpangan jenis ini lah menyebabkan saya mengatakan isu ini tidak seharusnya menimbulkan keraguan dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa ESQ menyimpang.

Kedua: Penyimpangan dalam bentuk akidah dan kepercayaan yang mungkin disembunyikan oleh pihak ESQ namun bentuk penyimpangan ini tidaklah tersembunyi pada Ahli Ilmu yang melihat dari kaca mata Salaf.

Antara bentuk penyimpangan yang pertama adalah amalan-amalan seperti zikir dan doa beramai-ramai yang sememangnya maklum ianya menyalahi kosnep ibadah mahdah dalam Islam yang mestilah berlandaskan nas bukan rekaan dan ciptaan akal manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang merekacipta dalam urusan (agama) kami ini maka ianya ditolak”. [al-Bukhari].

Demikian juga penggunaan muzik yang ketara dalam kursus ini dan ianya dijadikan sebagai instrumen motivasi dan alat untuk mengubat jiwa. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Tarbiah Islamiah yang melihat muzik sebagai perosak jiwa bukan pengubat jiwa.

Berkata Ibn Masud r.a:
“Nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq di dalam hati seperti mana air menumbuhkan tumbuhan”. [al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra]

Berkata Imam al-Dahhak r.h:
“Nyanyian itu merosakkan hati dan menyebabkan kemurkaan Tuhan” [Talbis Iblis].

Allah Taala telah mengharamkan muzik dalam firmanNya:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksudnya: Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.[Luqaman: 6]

Ulama Tafsir menyatakan bahawa antara makna ‘Lahwal Hadis’ dalam ayat ini adalah Nyanyian dan seumpamanya dan daripada Mujahid r.h beliau menyatakan ianya gendang (alat muzik). [Rujuk Tafsir al-Tabari].

Imam al-Syafii r.h berkata:
“خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة، يسمونه التغبير، يصدون به الناس عن القرآن”
Maksudnya: “Aku tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh orang-orang zindiq (munafiq) yang mereka namakan sebagai ‘Taghbir’ mereka menghalang dengannya daripada al-Quran” [Ighasatul Lahfan, Ibn al-Qayyim, m.s 229].

Imam al-Syafii telah menghukum mereka yang melakukan Taghbir sebagai ‘zindiq’ yakni munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai ibadat. Tahukah anda apakah itu Taghbir?

قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى
Maksudnya: “Berkata al-Azhari: dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan syair untuk mengingati Allah sebagai Taghbir seumpama mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya dan menari-nari dan menimbulkan gerakan-gerakan maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini”. [Lisanul ‘Arab,Ibn Manzur, 5/3]

Kemudian Imam al-Azhari membawa perkataan Imam al-Syafii r.h yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa inilah makna taghbir yang dikehendaki oleh Imam al-Syafii r.h.

وقال الزجاج سُمّوا مُغَبِّرين لتزهيدهم الناس في الفانية وهي الدنيا وترغيبهم في الآخرة الباقية
Maksudnya: “Berkata al-Zujaj: Dinamakan mereka ini Mughabbirin (pembuat Taghbir) kerana mereka menzuhudkan manusia daripada dunia dan merangsang mereka untuk mengingat akhirat”. [Ibid].

Al-Imam Ibn Kasir r.h mengulas kenyataan Imam al-Syafii ini:
“dan ianya (taghbir) adalah mengetuk dengan dahan atau lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan syair-syair ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam walaupun begini keadaannya beliau (al-Syafii r.h) telah menamakan pelakunya sebagai zindiq maka bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka ini di zaman kita dengan mendengar nyanyian dan menari diiringi duff (kompang) dan serunai….” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, Maktabah al-Sunnah, cet. 1, 1991 M, m.s 42].

Berkata al-Imam Ibn al-Qayyim r.h:
“Jika inilah perkataan beliau (al-Syafii) berkenaan Taghbir dan ‘illahnya: ianya menyekat daripada al-Quran sedangkan taghbir itu syair yang membawa kepada zuhud di dunia didendangkan oleh penyanyi lalu sebahagian yang hadir mengetuk dengan kayu di atas pelantar atau bantal menurut rentak nyanyian, sesungguhnya apa yang beliau katakan berkenaan taghbir ini hanyalah seumpama ludah di dalam air lautan di sisi beliau (yakni jika dibandingkan dengan apa yg diadakan pada zaman sesudah itu daripada muzik dan nyanyian –pent-) Ia telah menghimpunkan semua kerosakan dan keharaman..” [Ighasatul Lahfan, m.s 229].

Berkata guru kepada dua orang alim yang terdahulu, Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:
وأما السماع المحدث، سماع الكف والدف والقصب، فلم تكن الصحابة والتابعون لهم بإحسان وسائر الأكابر من أئمة الدين يجعلون هذا طريقًا إلى الله تبارك وتعالى، ولا يعدونه من القرب والطاعات،بل يعدونه من البدع المذمومة
Maksudnya: “adapun sima’ (mendengar) yang diada-adakan seperti mendengar tepukan tangan, kompang, dan pukulan kayu, maka tidaklah pernah dilakukan para Sahabat dan yang mengikut mereka dengan baik serta seluruh pembesar imam agama ini apatah lagi menjadikannya sebagai jalan menuju kepada Allah Tabaraka wa Taala dan tidak pula mereka menganggapnya sebagai ketaatan dan ibadat bahkan mereka menganggapnya sebagai bidaah yang tercela”. [Majmuk Fatawa, 11/297-298]

Kemudian beliau membawakan perkataan Imam al-Syafii r.h yang terdahulu.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan menjadikan muzik sebagai satu bentuk makanan rohani menggantikan zikrullah hatta muzik itu diiringi zikrullah sekalipun ianya tetap bidaah dan lebih dahsyat keharamannya.

Muzik tidak akan memberi ketenangan jiwa sebaliknya ia akan merosakkan hati dan memudahkan syahwat dan syubhat memasukinya yang akan menukar hati itu menjadi gelap dan buta hidayah-nauzubillah min zalik-.

Adapun penyimpangan dari sudut akidah pula antaranya yang dapat saya kesan daripada ajaran ESQ ini adalah kepercayaan terhadap Proses Zero Mind di mana seseorang yang mengosongkan minda kenmudian fokus akan mendapat keajaiban tertentu dan keajaiban ini sama dengan mukjizat para Nabi alaihimussalam dan dimisalkan dengan Mukjizat Nabi Musa a.s dan disamakan mukjizat ini dengan pengalaman Kapten Kapal Terbang yang terselamat dalam kemalangan udara, Abdul Razak. [rujuk video berikut: http://www.youtube.com/watch?v=kBvwGtCgLPI ]

Konsep Zero Mind Process adalah tujuan utama dalam ajaran Hindu melalui Yoga; di mana mereka (Hindu) menyatakan:

“The traditional yoga lifestyle strives toward the goals of asceticism, which seeks to zero-out all desires, attachments, emotions, and ego clinging. The goal of yoga is essentially to cause the mind to become like zero. In fact, the goal of meditation (the central feature of the yoga lifestyle) is to zero-out thoughts, to zero-out the mind and realize the true condition of reality… zero. To know the supreme become like the supreme… zero.” [sumber: http://www.hinduwisdom.info/Yoga_and_Hindu_Philosophy.htm ]

Jelas sekali bahawa konsep zero mind proses adalah berasal daripada agama hindu yang digunakan dalam Yoga dengan tujuan untuk bersatu dengan Tuhan To know the supreme become like the supreme… zero yang bermaksud: “Untuk Mengetahui yang Maha Berkuasa maka hendaklah jadi seperti Maha Berkuasa..Kosong”.

Ini mendekati konsep Fana’ dalam ajaran Sufi yang akan membawa kepada Wehdatul Wujud di mana apabila seorang Sufi itu mengosongkan jiwanya daripada sifat-sifat kemanusiaan dan memfokuskan pada Allah Taala maka ia akan mencapai maqam ketuhanan dan ketika inilah kaum sufi akan mengeluarkan perkataan-perkataan syirik dan kufur seperti: Maha Suci Aku, Akulah Tuhan yang Maha Benar, dan lain-lain lagi yang banyak diriwayatkan daripada mereka ini. [ rujuk berkenaan Sufi ini di blog saya dan rakan-rakan: http://bahaya-sufi.blogspot.com ].

Lebih dahsyat dakwaan ESQ kejadian Zero Mind Process ini adalah perkara yang sama berlaku pada Nabi Musa a.s dan ianya zahir kufur dan syirik kerana menyamakan kuasa Allah dengan kuasa makhluk kerana kita tahu bahawa mukjizat berlaku semata-mata dengan kuasa Allah Taala berbeza dengan Sihir dan Ahwal Syaitaniah yang merangkumi Istidraj yakni kejadian luar biasa yang Allah jadikan pada orang-orang kafir dan fasiq dengan tujuan menambahkan lagi kefasiqan mereka.

ESQ juga menekankan konsep ‘Suara Hati’ dan ianya jelas merupakan ajaran kesufian dan pihak mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan ianya adalah konsep ajaran Krsitian dan Hindu.

Antara kenyataan ESQ berkenaan Suara Hati ini adalah ianya datang daripada Allah semata-mata dan terus menerus memberikan arahan supaya manusia mengikuti kehendak Allah [Lihat kenyataan Ary Ginanjar: http://esqmagazine.com/esq-menjawab/2010/01/30/1354/dari-mana-datangnya-suara-hati.html ]

Kenyataan ini berlawanan 100% dengan akidah Islam di mana Ahlus Sunnah wal Jamaah berkeyakinan penuh bahawa suara hati tidak terlepas daripada bisikan syaitan. Imam Ibn al-Qayyim r.h menjelaskan:

فإن الخواطر والهواجس ثلاثة أنواع: رحمانية، وشيطانية، ونفسانية، كالرؤيا، فلو بلغ العبد من الزهد والعبادة ما بلغ فمعه شيطانه ونفسه لا يفارقانه إلى الموت، والشيطان يجرى من ابن آدم مجرى الدم، والعصمة إنما هى للرسل صلوات الله وسلامه عليهم الذين هم وسائط بين الله عز وجل وبين خلقه، فى تبليغ أمره ونهيه ووعده ووعيده، ومن عداهم يصيب ويخطئ، وليس بحجة على الخلق.
Maksudnya: “Sesungguhnya bisikan dan lintasan (hati) itu tiga jenis: Rahmaniah, Syaitaniah, Nafsaniah, ianya seumpama mimpi, maka walau sejauh mana pun seorang hamba mencapai tahap zuhud dan ibadah maka syaitan akan sentiasa bersama dengannya demikian juga nafsunya tidak akan meninggalkannya sehingga mati dan syaitan itu berlari dalam badan anak Adam seperti berlarinya darah dan ‘ismah (yang maksum) itu hanyalah para Rasul Solawatullah wa Salamuhu ‘alaihim, yang mana mereka adalah perantara antara Allah dan makhlukNya dalam menyampaikan perintahNya, laranganNya, janji baikNya, dan ancamanNya, adapun selain mereka, berlaku padanya betul dan salah, bukanlah hujah atas makhluk”. [Ighasatul Lahfan, m.s 122].

Dan dengarlah hukum mereka yang menjadikan Suara Hati sebagai sandaran:
ومن ظن أنه يستغنى عما جاء به الرسول بما يلقى فى قلبه من الخواطر والهواجس فهو من أعظم الناس كفرا. وكذلك إن ظن أنه يكتفى بهذا تارة وبهذا تارة، فما يلقى فى القلوب لا عبرة به ولا التفات إليه إن لم يعرض على ما جاء به الرسول ويشهد له بالموافقة، وإلا فهو من إلقاء النفس والشيطان.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berasa tidak perlu dengan apa yang dibawa oleh Rasul dan hanya bersandar kepada apa yang terlintas di hatinya daripada lintasan-lintasan dan bisikan-bisikan maka dia adalah manusia yang paling kufur, demikian juga jika dia berasa kadang-kadang cukup dengan bisikan hati dan lintasan-lintasannya, kerana apa yang terlintas di hati itu tidak ada apa-apa nilai dan tidak berpaling kepadanya jika tidak dibandingkan dengan apa yang dibawa oleh Rasul dan disaksikan ianya sesuai dengannya (syariat) jika tidak maka ianya hanyalah bisikan nafsu dan syaitan”. [Ighasatul Lahfan, Ibn al-Qayyim, 123].

ESQ juga menyatakan bahawa Suara Hati adalah sumber datangya sifat-sifat baik dan suara hatilah yang mendorong manusia melakukan kebaikan dan semua tindak tanduknya. [ http://esqmagazine.com/esq-menjawab/2010/03/04/1627/fungsi-suara-hati.html ]

Namun, Islam berpandang sebaliknya di mana Imam Ibn al-Qayyim r.h menjelaskan:
ثم إنه وقع من تحكيم الذوق من الفساد ما لا يعلمه إلا الله فإن الأذواق مختلفة في أنفسها كثيرة الألوان متباينة أعظم التباين فكل طائفة لهم أذواق وأحوال ومواجيد بحسب معتقداتهم وسلوكهم.
Maksdunya: “Kemudian telah berlaku akibat berhukum berdasarkan perasaan pelbagai kerosakan yang tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah jua kerana perasaan itu berbeza pada dirinya dan banyak bentuknya dan berbeza dengan perebzaan yang ketara maka setiap golongan ada perasaan dan keadaan dan bisikan tersendiri berdasarkan akidahnya dan peribadinya”. [Madarij al-Salikin, 495].

Kata Ibn al-Qayyim lagi:
فالقائلون بوحدة الوجود لهم ذوق وحال ووجد في معتقدهم بحسبه والنصارى لهم ذوق في النصرانية بحسب رياضتهم وعقائدهم وكل من اعتقد شيئا أو سلك سلوكا حقا كان أو باطلا فإنه إذا ارتاض وتجرد: لزمه وتمكن من قلبه وبقي له فيه حال وذوق ووجد
Maksudnya: “Mereka yang berakidah dengan Wehdatul Wujud bagi mereka perasaan dan hal dan lintasan berdasarkan akidah mereka, demikian juga kaum krsitian bagi mereka perasaan berdasarkan Kristianisme mereka dan aktiviti ibadat mereka dan akidah-akidah mereka dan setiap orang yang berakidah dengan sesuatu akidah atau mengikut sesuatu jalan benar atau salah maka jika dia beriadah dan mengosongkan diri dengan perkara itu: perkara itu akan melaziminya dan akan menguasai hatinya dan kekal baginya berdasarkan akidahnya itu hal, perasaan, dan getaran jiwa…” [Madarij al-Salikin, 495-496]

Maka berdasarkan pernyataan Ibn al-Qayyim r.h ini dan beliau merupakan Imam yang dipercayai dalam bidang ini, manusia itu berbeza suara hatinya dan lintasan-lintasan yang terlintas di hatinya sesuai dengan akidah yang dia anuti berbeza dengan fahaman ESQ yang menyatakan bahawa semua suara hati itu datang daripada Allah dan semua manusia sama dalam hal ini tanpa mengira agama sebagaimana kata mereka:
“Bila dicermati, kisah-kisah sukses para pebisnis kelas dunia memperlihatkan suatu kesamaan: terasahnya kecerdasan spiritual menjadi sumber kekuatan luar biasa penggerak bisnis mereka. Perlu ditekankan di sini bahwa spiritualitas, sebagaimana diperkenalkan dalam pelatihan Emotional Spiritual Quotient (ESQ) 165, tidak mesti berkaitan langsung dengan agama. Kecerdasan spiritual itu dipandang sebagai potensi yang secara universal dimiliki oleh setiap manusia.
Dalam ESQ Model, yang bersumber pada konsep Satu Ihsan, Enam Rukun Iman, dan Lima Rukun Islam (165), potensi kecerdasan spiritual itu diyakini sebagai pantulan sifat-sifat unggul yang terpancar dari Nama-Nama Allah SWT (Asmaul Husna). Potensi itu terpantul melalui ruh yang ditiupkan pada setiap manusia. Tugas manusialah untuk mengasahnya agar teraktualisasi menjadi energi. ESQ Model adalah sebuah ikhtiar untuk menguraikan dan mengasah potensi-potensi itu, dengan mengidentifikasi tujuh dari 99 Asmaul Husna. Ketujuh potensi atau suara hati, yang kami sebut Tujuh Budi Utama (Jujur, Tanggungjawab, Visioner, Disiplin, Kerjasama, Adil, dan Peduli) itu menjadi pijakan awal untuk mengenali jati diri; betapa manusia sesungguhnya memiliki potensi yang kaya.” [Sumber: Artikel Energi Suara Hati: http://esqmagazine.com/frekuensi/2010/03/19/energi-suara-hati.html ]
Berdasarkan pernyataan ini, ESQ menyamakan semua manusia sama ada mukmin atau kafir, ahli taat atau maksiat semuanya mempunyai suara hati yang berasal daripada PANTULAN nama-nama Allah yang maha mulia dan sempurna. Ini tidak lain tidak bukan akidah semua agama sama dan konsep wehdatul wujud.
Ketahuilah bahawa Nabi s.a.w pernah menyatakan dalam hadis yang sahih bahawa Saidina Umar r.a adalah orang yang ilhamnya adalah benar dan gerak hatinya senantiasa bersih dan digelar Muhaddas yakni yang diberikan perbicaraan oleh Allah Taala namun, beliau tidak pernah berhukum sesuatu perkara dengan gerak hatinya yang luhur dan mulia itu bahkan pernah pula Umar r.a mengaku ia salah apabila beliau menghadkan jumlah mahar maksimum lalu ditegur seorang sahabiah (sahabat wanita). Maka siapakah kita untuk menjadikan suara hati sebagai rujukan dalam menentukan suatu perkara sedangkan siang malam kita bergelumang dengan dosa?!
Kemudian rujuk juga kenyataan ini: Andaikan seekor kuda bisa menggambar Tuhan, maka Tuhan akan digambarkan bagaikan kuda. Kesufian ESQ akan jelas jika anda membaca keseluruhan artikel yang sangat khurafat ini: http://esqmagazine.com/refleksi/2010/03/17/mendekati-tuhan-dengan-cinta.html dan lihat juga link ini: http://www.esqmagazine.com/node/2433
Inilah sebahagian gambaran kesesatan ESQ yang nyata dan terang walaupun saya menulis ini dalam keadaan agak tergesa-gesa dan maklumat yang ada adalah terhad namun maklumat-maklumat yang saya peroleh daripada video-video pihak ESQ sendiri dan daripada laman web mereka sendiri sudah cukup menyerlah akan penyelwengan mereka ini.
Maka pihak penulis berharap mereka yang sudah berada di atas manhaj salaf yang lurus ini teruslah berpegang dengan prinsip-prinsip Islami Nabawi ini dan janganlah termasuk dalam kelompok yang keliru dan melatah kerana kita berada dalam keadaan cahaya yang cukup, malamnya bagaikan siangnya. Semoaga Allah menetapkan kita di atas hidayahnya..ameen.

Ditulis oleh;
Muhammad Asrie bin Sobri,
Kuliah Dakwah dan Usuluddin,
Universiti Islam Madinah Munawwarah, KSA.
29 Rajab 1431H/11 Julai 2010

http://mashoori.wordpress.com/2010/07/11/nasihat-kepada-salafiyyun-dalam-menghadapi-isu-esq/

Sabtu, 6 Februari 2010

AJL 24, Freemason, Iluminati, Ghozwul Fikr

Anugerah juara lagu adalah suatu temasya yang sangat popular dan sinonim di kalangan penggemar muzik tanah air. Sudah hampir sebulan ia berlangsung, namun bahangnya masih ada yang memperkatakannya. Ironinya, Anugerah Juara Lagu 24 kali ini dikaitkan dengan unsur-unsur Freemason dan Iluminati, bentuk-bentuk syubhat Yahudi dan Nasrani di zaman mutakhir ini.

Apa yang lebih ironi dan mengecewakan, kesedaran masyarakat terhadap akidah hanya terlihat apabila mulai menyedari bayangan Freemason dan Iluminati dalam temasya tersebut. Adakah unsur Freemason dan Iluminati sahaja yang menjadikan AJL 24 menjadi sesuatu yang berBAHAYA? Andai kata tiada Freemason dan Iluminati, maka adakah AJL selamat ditonton oleh masyarakat? Freemason dan Iluminati adalah cabang-cabang dari Ghozwul Fikr yang menyerang umat ini. Andai kata, tiada kedua-dua unsur taghut ini, banyak lagi cabang-cabang Ghozwul Fikr yang menyerang umat.

Tanpa Freemason dan Iluminati pun, AJL akan tetap berlangsung sebagaimana biasa, muzik tetap bergema, tetap berlaku ikhtilat, akan ada juga penyanyi wanita yang membuka aurat dan mempersembah suaranya untuk umum, dan berbagai cabang lagi serangan pemikiran Kuffar walaupun bukan dalam bentuk freemason atau iluminati. Tidak sedikit yang sibuk mengaitkan penyanyi Alyah dengan Lady in Reds. Mungkin, jika dia tidak memakai pakaian gaun merah malam itu, orang tidak akan mengecamnya. Namun, kalau dia memakai gaun biru ke, hijau ke, menjadi Lady in Blue atau Lady in Green, selagi namanya adalah MEMBUKA AURAT, maka ia tetap berDOSA.

Apa yang ingin ditekankan adalah permasalahan sebenar AJL 24 bukan hanya semata-mata benda-benda Freemason Iluminati itu sahaja. Tetapi hakikat program itu sendiri yang menyalahi perintah Syara'. Penulis hanya memikirkan, kalau tema AJL 24 berkait rapat dengan Freemason dan Iluminati, nampak begitu ramai yang memboikot. Alhamdulillah, setidak-tidaknya masih ada kesedaran dalam memelihara akidah. Namun, andai kata AJL yang akan datang bertemakan IRAMA TRADITIONAL umpamanya, di situ tetap ada unsur-unsur maksiat seperti tarian, penari wanita, pakaian yang mendedahkan aurat (terutama wanita), ikhtilat dan sebagainya. Kalau unsur Freemason dan Iluminati ada kaitan dengan syirik, maka tidak ada bezanya dengan tarian kuda kepang sendiri yang ada kalanya membawa unsur-unsur syirik seperti pemujaan roh, namun masih ramai yang SAYANG kuda yang kepang dan menganggap ia adalah suatu khazanah bangsa yang mesti dipelihara!?

Kejelekan program seperti AJL dan seumpamanya bukan hanya kerana ada unsur-unsur seperti Freemason dan Iluminati,tetapi tetap ada unsur-unsur Taghut yang lain dalam program-program seperti itu. Jika ada yang menganggap unsur-unsur Ghozwul fikr yang ada dalam AJL seperti SONG, FEMALE, FUN dan yang sebagainya tidak ada kaitan dengan akidah seprtimana Freemason dan Iluminati, maka itu bermakna dia belum benar-benar mendalami ilmu akidah. Akidah sangat berkait rapat dengan iktikad. Maka berapa ramai yang telah menganggap enteng malah menganggap halal terhadap Taghut-taghut yang wujud dalam Ghozwul fikr seperti hal membuka aurat, muzik, ikhtilat dan sebagainya?? Adakah i'tikad-i'tikad sebegini tidak menggugat kesucian akidah??

Kesimpulannya, bukan Freemason dan Iluminati yang menjadi kayu ukur kesesatan dan ke'hampeh'an program AJL. Sebaliknya, yang menjadi kayu ukur sesuatu yang hak dan bathil adalah Quran dan Sunnah serta pemahaman yang benar terhadap kedua-duanya (pemahaman Salaf)

Wallahu A'lam

Sabtu, 30 Januari 2010

"LURUS DAN RAPATKAN SAF"

"Lurus dan rapatkan saf, serta penuhkan saf di hadapan, pastikan tumit anda sebaris dengan jemaah yang lain"

Dialog ini adalah peringatann yang sering diberikan imam kepada para makmum sebelum mengangkat takbiratul ihram. Namun, kebanyakan imam lupa, terlupa atau tidak sengaja untuk memberi peringatan berikut :

"Pastikan kaki anda dengan bahu anda menyentuh jemaah lain"

Memelihara Saf dengan Sebaik Mungkin

Antara sunnah yang sering diabaikan oleh para jemaah sama ada di surau atau masjid adalah memastikan kaki dan bahu mereka bersentuhan dengan makmum di sebelahnya. Hal ini mungkin nampak kecil, namun ia telah dicontohkan oleh para sahabat ketika mereka bersolat di belakang Rasulullah SAW.

Hadith pertama :

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (2/176 dengan syarah fathul Bari), Imam Ahmad (3/182), Imam Mukhlis (al-Fawaid juz 1/10/2), dari beberapa jalur yang berasal dari Humaid ath-Thawil, dari Anas bin Malik r.a. yang menuturkan :

Solat telah diiqamati, lalu Rasulullah SAW menghadap kepada kami lalu bersabda :


" Tegakkanlah barisan, dan tetaplah, sesungguhnya aku dapat melihat kalian daripada balik punggungku"

Sementara itu, Imam Bukhari dalam riwayat lain menyatakan ucapan dengan tambahan redaksi berikut :
"Seseorang di antara kami menempelkan bahunya dengan bahu kawannya(makmum di sebelah) dan menempelkan kakinya dengan kaki kawannya(makmum di sebelah)

Hadith kedua :

Hadith yang ditakhrij oleh Abu dawud (hadith no 662) , imam Ahmad (396), Imam Ahmad (4/276) dan Ad-Daulabi dalam al-Jadali, Husain bin Harith menceritakan :

"saya mendengar Nu'man bin Thabit berkata :

Rasulullah SAW menghadap ke arah jemaah dan bersabda :


"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkan barisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisish" Lalu Nu'man berkata :

"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"

hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32

"Begitulah petunjuk Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam hal merapatkan saf dalam solat berjemaah. Kini, ramai yang menganggap remeh sedangkan daripada kedua-dua hadith di atas jelas betapa seriusnya Baginda dan para sahabat dalam hal memelihara saf ketika solat berjemaah"