GUEST

Rabu, 23 Disember 2009

hukum join haraki..

Menyertai jemaah Haraki adalah suatu isu yang sangat hangat diperkatakan terutama di kalangan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi di Malaysia. Menjadi sebahagian daripada jemaah seolah-olah telah menyempurnakan kehidupannya sebagai daei walaupun ketika dalam organisasi, satu kerja pun dia tidak buat!

Namun, yang ingin penulis utarakan bukanlah persoalan ahli-ahli yang futur, jemaah manakah yang terbaik atau popular. Sebaliknya, mengulas apakah hukum sebenar menyertai kelompok-kelompok Harakiyyun. Adakah ia wajib, sunat, makruh, harus, atau haram?

Di sini penulis ingin mengemukakan dua pendapat yang baik :
1- haram menyertai Haraki/Jemaah
2- harus menyertai Haraki/Jemaah

Serta ulasan terhadap satu pendapat yang tidak ada dasarnya iaitu :
1- wajib

Pendapat yang mengatakan haram :
Sebahagian ulama dan para penuntut ilmu menganggap tidak boleh wujudnya berbilang jemaah atau boleh didefinisikan sebagai haram. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa ayat-ayat Quran yang melarang umat Islam terpecah menjadi beberapa kelompok. Antaranya adalah ayat berikut :

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait dengan mereka sedikit pun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan dan membalasnya."
(6:159)

"Iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka" (30:32)

Dalam menafsirkan ayat 6:159, Imam Asy-Syaukani berpendapat :

"Ayat ini umum kepada seluruh orang kafir dan para mubtadi' yang membawa ajaran yang tidak diperintahkan Allah S.W.T Inilah pendapat yang benar kerana lafaznya adalah umum. Maka termasuk di dalamnya golongan ahli kitab, musyrikin dan ahli bidaah dari Ahlul Islam. Adapun erti syiya'an adalah firqah-firqah dan hizb-hizb."( fathul Qadiir)

Begitu juga dengan hadith dari Abu Hurairah r.a :

"Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan membenci tiga perkara. Maka Allah meredhai tiga perkara bila kalian menyembah-Nya, dan tidak menyekutukannya sedikitpun, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak berpecah. Dan Allah membenci tiga perkara, banyak berkata dengan katanya, banyak bertanya, dan membuang-buang harta"

Keterangan-keterangan di atas memberi gambaran seolah fenomena kewujudan haraki/organisasi/jemaah pada masa kini adalah dilarang dalam Islam

Pendapat yang mengatakan harus:
Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa boleh berbilang jemaah berdasarkan dalil daripada sirah Rasulullah S.A.W. yang menghantar para sahabat dalam jemaah-jemaah yang berasingan, setiap satu dengan misi tertentu seperti dakwah, risikan, dan seumpamanya seperti yang terdapat dalam kitab-kitab sirah muktabar. Para aktivis harakiyun mengambil teladan daripada kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. yang bijak mengatur strategi dakwah sebagai sarana untuk mewujudkan organisasi dakwah.

Pendapat yang menyimpang:
Sebilangan aktivis-aktivis haraki yang terlalu taksub dengan manhaj Haraki adakala menganggap wajib menyertai sebarang jemaah dengan berdalilkan sirah Baginda SAW. Sebilangannya juga menggunakan nas-nas berikut seperti :

"Sesungguhnya tangan Allah bersama al-jamaah dan sesungguhnya syaitan berlari bersama dengan orang yang memecah-belahkan jemaah" (hadith yang dikeluarkan Ibnu Hibban , dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arnauth dalam Sahih Ibnu Hibban semakannya hadith: 4557 dan juga sahih oleh al-Albani dalam Shahih AL-Jami' As-Saghir, hadith: 3621)

Dalam kitab Syarah Aqidah Wasathiyyah oleh Imam Ibnu Taymiyyah, telah dijelaskan maksud jemaah itu tersendiri. Sebenarnya jemaah lebih tepat merujuk kepada golongan-golongan Salafus Soleh yakni golongan yang mengikuti manhaj Islam yang tulen serta orang-orang yang mengikuti mereka ataupun secara umunya digelar Ahlus Sunnah wal Jamaah. Begitu juga dengan kata-kata Abdullah Ibnu Mas'ud :

"Jama'ah adalah yang selaras dengan kebenaran, sekalipun engkau berseorang diri"

Oleh itu, penulis dapat menyimpulkan yang dimaksud adalah larangan berjemaah/berharakiyun yang mempunyai dasar-dasar dan kepentingan sendiri seperti memperbesar jemaah, menjadikan jemaah sendiri jemaah terbaik, mempunyai sifat bersaing sesama sendiri daripada bersatu hati, dan melebihkan al-Wala' kepada jemaah sendiri berbanding umat Islam keseluruhannya. Selagi mana kewujudan sesuatu organisasi adalah sebagai alat menyebarkan dakwah seperti Institut al-Qayyim, pertubuhan al-Khadeem, bukan sebagai matlamat, serta menjadikan manhaj Salafus Soleh sebagai pegangan, maka itu tidaklah dilarang. Larangan sebegini juga menjurus kepada kewujudan parti-parti politik yang memperjuang asobiyyah, bukan terhad kepada organisasi/haraki dakwah sahaja.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan, dapat penulis rumuskan bahawa hal menyertai jemaah adalah terserah kepada individu, ingin menganggapn haram menyertai jemaah atau sekadar harus menyertainya. Namun, penulis ingin mengingatkan jangan sama sekali kita beriktikad menyertai jemaah/haraki adalah wajib dengan bersandarkan dalil-dalil yang tidak tepat serta berpandukan rasional akal yang menganggap bahawa umat Islam wajib berharaki untuk melicinkan proses dakwah memandangkan keadaan umat Islam yang semakin teruk memerlukan suatu organisasi yang sanggup berjuang!

Adakah kewujudan haraki akan melicinkan proses dakwah?

Ini jawapan Syaikh Solih al-Uthaimeen :

"Dakwah akan menjadi kuat apabila seseorang bernaung di bawah al-Quran dan as-Sunnah serta mengikuti dasar Nabi Muhammad SAW serta para Khulafa ar-Rasyideen"
(Ibnu Uthaimeen, Ash-Shahwah Al-Islamiyyah 154-155)

Jumaat, 4 Disember 2009

Berbalik Kepada yang Tulen

Apa yang anda nampak tentang Islam?

Yasin malam Jumaat? Tahlil? Doa Selamat? Solat Jumaat? Puasa Ramadhan?

Jika hal ini ditanyakan kepada mereka yang kurang pemahamannya terhadap Islam, maka beginilah jawapannya. Islam itu di masjid, surau, pakai baju Melayu dan sebagainya. Islam dipandang dalam suatu skop yang sangat kecil.

Mereka yang berpandangan liberal, mungkin lain pula jawapannya. Kelompok yang liberal akan menjawab :

"Islam itu bebas. Niat yang baik sudah memadai. Tidak mengapa berpeluk, memegang tangan ajnabi dalam filem jika niat baik bertujuan menyedarkan masyarakat. Tidak mengapa tidak pakai tudung kalau hati baik. Minum arak sedikit tidak mengapa jika tidak memabukkan"

Bagaimana pendirian Islam terhadap golongan "Islam di masjid" dan golongan "Islam atas dasar akal"?

Kelompok "Islam di masjid" adalah terdiri daripada golongan umum. Mereka terdedah kepada manhaj yang berpendirian "Islam milik pak-pak ustaz", sehingga apa sahaja yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz, sebulat suara mereka menerimanya. Ustaz kata 'lafaz niat solat' kena sebut, maka umum menerimanya, sampaikan angkat takbir tiga hingga empat kali tidak selesai. Mereka terdedah kepada manhaj yang sempit, tidak boleh berpegang banyak dalil walaupun ada dalil. Kita tidak mampu menyalahkan mereka sepenuhnya kerana jadual kehidupan mereka yang begitu padat, kesibukan dengan keluarga, dan komitmen-komitmen dunia yang lain. Apabila hadir ke masjid mahu mendengar ceramah dan menuntut ilmu, ustaz-ustaz yang ada pula terus menyebarkan budaya bertaklid dalam beragama. Memang benar, bukan semua orang mampu berijtihad memilih dalil sedangkan bagi sesetengahnya, baca Quran pun merangkak. Namun, peranan yang harus dimainkan oleh pengajar ilmu adalah mengembangkan minda masyarakat agar masyarakat memandang Islam dalam skop yang luas. Seperti kata Dr. Asri "jadikan Islam itu luas"

Namun, dalam kita menjadikan Islam itu luas atau dalam bahasa lainnya "Minda Tajdid", ada perkara besar yang perlu diperhati. Jika tersalah langkah dalam men'tajdid'kan pemikiran, ia mampu mengubah minda mengarah kepada pemikiran yang jauh lebih berbahaya iaitu "Liberal". Kita boleh melihat sendiri sebenarnya bagaimana pemikiran liberal sedang menyerang golongan-golongan yang berpendidikan tinggi. Wanita tidak bertudung tidak menjadi masalah dengan menyandarkan kepada dalil berikut :

"Allah S.W.T. tidak memandang kepada rupa paras kalian, tetapi hati-hati kalian" (Sahih Bukhary)

Puak-puak liberal ini tidak bertaklid kepada ustaz-ustaz seperti kelompok pertama, tetapi mereka berdalil mengikut pemahaman nafsu dan akal. Malah, kelompok yang lebih handal menganggap turunnya ayat yang menyuruh wanita bertudung dan melabuhkannya hanya khusus kepada wanita-wanita Arab sahaja. Kenapa mereka beralasan sebegitu?

Inilah contohnya :

"Perintah memakai tudung itu khusus kepada masyarakat Arab yang hidup di tengah-tengah padang pasir. Dengan keadaan gurun dan debu-debu pasir yang berterbangan, wajar perintah bertudung dan memakai hijab diturunkan untuk kemashalatan mereka. Oleh itu, hal tersebut tidaklah sesuai bagi masyarakat yang hidup di tengah-tengah bandar yang tidak ada keperluan bagi wanita melindungi kepala mereka dari debu-debu pasir. Bahkan, Islam itu bersifat sejagat dan wasatan. Maka, perintah bertudung akan menghapuskan kebebasan bangsa Cina untuk menggayakan Cheong Sam dan bangsa India menggayakan Saree serta hak-hak asasi bangsa lain untuk mengamalkan budaya mereka"

Pernyataan di atas adalah contoh kedahsyatan pemikiran liberalisme yang menyerang ideologi masyarakat. Lihatlah satu lagi contoh bagaimana pemikiran liberal menghalalkan budaya berpegangan tangan, berpeluk lelaki-perempuan di dalam filem atas alasan memberi mesej berguna kepada masyarakat dan alasan yang lebih parah,UNTUK BERDAKWAH!!!

Suatu ketika seorang artis lelaki, Mawi pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu menyentuh wanita ketika berlakon. Maka, semua penggiat seni memberi respons buruk terhadap kenyataan artis itu. Yang jahil akan berkata Mawi tidak bersikap professional. Bagi yang bijak ber'dalil', cuba anda nilai hujah mereka :

"Memang kita mengakui haram menyentuh mereka yang ajnabi atau bukan mahram. Namun, kita hanya berlakon. Dan tujuan kita murni, memberi mesej berguna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, kita perlu lihat ada keutamaan yang lebih besar iaitu memberi mesej kepada masyarakat atau dalam erti kata lain berdakwah. Bukankah segala amal perbuatan itu bergantung kepada niat"

Lihatlah betapa dahsyat dan jahilnya ideologi liberalisme ini. Maka, bagaimana kita seharusnya bersikap sewajarnya dalam memahami Islam agar kita tetap dalam kelompok Ummatan Wasatan (umat pertengahan)

Jawapannya sangat mudah. Kembalilah kita kepada manhaj yang tulen iaitu manhaj Islam di era Salaf. Manhaj Salaf bukanlah manhaj yang menyeru supaya menukar kenderaan BMW kepada unta padang pasir. Manhaj Salaf menyeru kepada pembersihan akidah yang tulen, beittiba' kepada ibadah sohihah, dan berbagai lagi prinsip-prinsip lain.

Manhaj Islam yang tulen akan tetap selamat dan bersifat sejagat dan tetap mampu diamalkan oleh semua bangsa dan mampu merentas masa. Maka, timbanglah amalan kita dengan neraca Salaf, di situ akan terungkai segala kebenaran yang tersembunyi.

Khamis, 26 November 2009

Dua genggaman dan takdir

Persoalan takdir adalah persoalan yang sering di salah ertikan. Ada puak yang menganggap manusia menentukan segala perbuatan mereka, ada jua yang menganggap manusia tidak perlu berusaha kerana Allah S.W.T. telah menetapkan takdir manusia. Persoalan ini sangat berbahaya kerana ia melibatkan hubungan akidah dan iman kepada takdir ialah salah satu dari rukun iman.

Berikut penulis bawakan hadith-hadith berkenaan dengan sifat-sifat tangan, bahu Allah S.W.T, syurga, neraka dan takdir.

Hadith pertama :

"Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla mengenggam segenggam (tanah) lalu berfirman "di Syurga, kerana rahmat-Ku" dan mengenggam segenggam (lain) lalu berfirman "di Neraka, dan aku tidak akan mempedulikannya""

Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam musnad (171/2), al-'Uqailli di dalam Ad-Dhuafa' ( m/s 93 ), Ibnu 'Addi di dalam al-Kamil (66/2) dan Ad-Daulabi di dalam Al-Asma' wal Kuna (2/48) dari hadith al-Hakam bin Sinan, dari Tsabit dari Anas secara marfu'.

al-Albani berkomentar:

"hadith ini bisa dikuatkan hingga menjadi sahih"

Hadith kedua :

"Allah S.W.T. menciptakan Adam. Ketika itu Dia menepuk bahu kanannya. Kemudian, Dia mengeluarkan keturunan yang putih bagai debu yang berterbangan. Setelah itu menepuk bahu kirinya, lalu mengeluarkan keturunan yang hitam pekat seperti arang. Dia berfirman kepada yang ada di sebelah kananNya lalu berfirman "ke syurga, dan Aku tidak peduli". Dan berfirman kepada ada yang ada di sebelah kirinya "ke neraka, dan Aku tidak peduli"

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan anaknya dalam Zawaidul-Musnad (6/441)

Hadith ketiga :

"Allah swt mengenggam satu genggaman dengan tangan kanan-Nya lalu berfirman 'ini untuk ini dan aku tidak peduli' dan mengenggam satu genggaman yang lain, yakni tangannya yang lain lalu berfirman ' ini untuk ini dan aku tidak peduli"

Hadith ini jua diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Memandang daripada hadith ini, tetap harus diingat bahawa Allah S.W.T itu sempurna, tiada setara dengan makhluk dan segala sifatnya seperti tangan, bahu, wajah dan sebagainya adalah sesuai dengan kemuliaanNya tanpa menyamakan dengan makhluk.

Sabtu, 14 November 2009

Jemaah atau Al-Jama'ah?

Kedua-dua istilah ini, Jama'ah dan Jemaah..adalah istilah yang sangat hampir dari segi bahasa..Bezanya 'Jemaah' itu istilah bahasa Melayu manakala istilah bahasa arabnya 'al-jama'ah'. Jika al-jama'ah itu dalam bentuk plural, maka istilahnya "Al-Jama'at".

Istilah jemaah ini kemudian berkembang, lantas mewujudkan istilah harakiah Islamiah (pergerakan jemaah) yang menjalankan dakwah dengan merekrut ikhwah-ikhwah baru. Hal ini bukanlah suatu yang salah. Namun, permasalahannya, ada yang menggunakan istilah wajibnya beramal jam'ei dalam dakwah dengan menggunakan term 'al-jama'ah'. Dakwah itu sememangnya bersifat jam'ei, namun Jam'ei itu sifatnya adalah global.

Siapakah Al-Jamaah?

Menurut Abdullah Ibnu Mas'ud r.a :

"Jama'ah adalah yang selaras dengan kebenaran, sekalipun engkau berseorang diri" (1)

Dalam perbahasan yang lain, yang dikatakan dengan maksud al-jama'ah itu adalah kelompok Salaf, yakni yang terdiri daripada Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut tabi'een serta mereka yang ikut dan berpijak di atas fahaman mereka terhadap al-Quran dan as-Sunnah (2) . Maka, dapat difahami bahawa yang selamat dan benar itu adalah kembali kepada Quran dan Sunnah merujuk fahaman Ahlus Sunnah..

Ada jua yang mengatakan dirinya berpegang teguh dengan Quran dan Sunnah namun hakikatnya masih lagi tergelincir dalam perkara-perkara syirik, khurafat, dan bidaah. Jadi, bagaimana pula solusinya?

Solusinya adalah me"ngelompok"kan diri dalam golongan Ahlus Sunnah

Kelompok Ahlus Sunnah ( yang mendalami hadith ) adalah kelompok yang sangat dimuliakan dan ditinggikan dalam Islam. Contohnya dalam hadith berikut :

"Tidak henti-hentinya satu-satu kelompok dari umatku yang akan menegakkan kebenaran sehingga As-Sa'ah ( Kiamat )"
(3)

'Kelompok' ini telah dibahaskan oleh ramai ulama'. Berikut merupakan komentar ulama terhadap "Thoifah" :

1. Ibnul Mubarak menyebutkan hadith tersebut dan berkata "Menurutku, mereka ialah para ulama hadith"
2. Al-Madani pula berkata"Mereka adalah para pemilik hadith"
3. Imam Ahmad pernah ditanya mengenai makna hadith itu, maka beliau berkata "Jika kelompok yang tertolong ini bukan ahli hadith, maka aku tidak tahu siapa mereka"

Kesimpulan yang dapat diambil dari sini adalah al-jama'ah itu yang sebenarnya adalah mereka yang berdiri di atas pemahaman Salafus Soleh dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Maka, cara yang terbaik untuk memahami pemahaman Salafus Soleh adalah dengan mendalami hadith kerana kelompok ini Insya Allah. Dengan mutu ilmu yang mantap, dakwah Islamiyah 'ala minhajus Salafiah akan berkembang dengan gencar seperti firman-Nya :

" Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik "
(4)

(1) Syarah Al-Aqidah Al-Wasatiyyah, m/s 18, Said bin Ali bin Wahfi Al-Qahthaniy

(2) Syarah Al-Aqidah Al-Wasatiyyah, m/s 18, Said bin Ali bin Wahfi Al-Qahthaniy dan Ar-Raudhah An-Nadiyyah Syarh Al-Aqidah Al-Wasatiyyah, hal 14, Zaid bin Fayyadh dan Muhammad Khalil Al-Haras, hal 16

(3) Silsilah Al-ahadith As-Shahihah, hadith 270 m/s 46, Syaikh Al-'Allamah Muhadith Muhammad Nasiruddin Al-albani

(4) Surah Yusuf :108

Isnin, 27 April 2009

Banyak Memberi, Kurang Meminta

"Zaman sekarang nieh bukan macam zaman dulu, terus main nikah jer, at least kena berkawan dulu 3-4 tahun, baru boleh kenal hati budi, lepas tu ikat pertunangan..then, baru boleh nikah", kata seorang sahabat A.

"Betul ke macam tuu?? Aku tengok kawan aku seorang ini, ok jer..diorang bertemu pun setelah dipertemukan ibu bapa..bila masing-masing dah bersetuju, terus menikah, tak payah bercinta bagai nak rak..dah ada anak tapi masih nampak mesra dan bahagia..kalah orang bercinta," kata sahabat B.

"Aikk...biar betul.apa rahsia diorang ek?"..tanya sahabat A

"Senang je katanya..Bila aku tanya, apa resipi kebahagiaan diorang, kawan aku jawab 'kurangkan menuntut hak dan banyakkan memberi hak'..betul gak apa dia cakap",jelas sahabat B

TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Ramai orang salah anggap dalam erti kata untuk mencapai kebahagiaan. Bagi muda-mudi hari ini, tidak ada istilah kebahagiaan andai kata tak couple la, bercinta la, kononnya zaman sekarang tak macam zaman dulu..kita kena tengok dan kenal dulu pasangan kita betul-betul baru boleh nikah..

Ceh..betul ke? Habis, kenapa orang yang dah lama bercinta menyesal lepas kahwin?

Mudah sangat jawapannya. Waktu bercinta dan ber'kapal' adalah era PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN yang sangat besar. Waktu bercinta dan berkasih-kasihan semuanya indah. Semua akan menjadi hipokrit dan berpura-pura. Yang busuk akan menjadi wangi..Semua nampak baik di mata pasangan. Yang si awek, bila keluar date, akan tampil comel dan "mengghairahkan syahwat" di hadapan boyfriend sedangkan kalau di rumah..HOHO..Allah jelah yang Tahu betapa selekehnya minah itu( tak boleh cakap lebih-lebih pasal aku bukan perempuan.haha)..Yang si jantannya, akan tampil kacak dan bergaya, walhal kalau tengok rumah bujangnya, Masya Allah, seluar kecik hampir suku tahun dah tak basuh..pinggan mangkuk tak berbasuh sampai jadi tempat pembiakan nyamuk, bilik mandi tak bercuci sampai tumbuh kulat dan cendawan dan juga phytoplankton..NAH, bile nikah nampakla perangai sebenar pasangan yang selama ini diyakini bersih dan suci, rupa-rupanya adalah SALAH SATU AGEN PEMBIAKAN PATHOGEN, VIRUS DAN JUGA MIKROORGANISMA BERBAHAYA..maka, siapa kata bercinta boleh membantu kita mengenal pasangan..KENA TIPU LAGI ADALAA..

BANYAKKAN BERTOLAK ANSUR

Selain itu, sesetengah pasangan zaman moden hari ini jelas terlalu over demand. Mereka kecewa kerana sikap pasangan adalah jauh berbeza berbanding waktu bercinta secara haram. Dah terlanjur berkahwin, mereka terpaksa teruskan jugak. Dalam alam perkahwinan, menuntut hak yang bukan-bukan dan ingin 'menang' dalam semua perkara. Bila bergaduh, last-last bermuka cuka. So, benarkah cinta sebelum ber'kahwin' akan mendatangkan kebahagiaan?

Kebahagiaan yang hakiki adalah bila mana dua insan itu disatukan di atas tujuan yang sama.."MENCARI REDHANYA"..dengan izin Allah S.W.T. kebahagiaan itu pasti akan datang. Dalam meniti kebahagiaan, bagi ana apa yang lebih penting adalah "jangan terlalu meminta hak" sebaliknya "banyakkan memberi hak"..Dalam erti kata lain, hidup bukan untuk bertanya "apa pasangan kita berikan?' sebaliknya bertanyakan diri sendiri "apa yang telah aku berikan untuk pasanganku?"..Begitu juga dalam kehidupan kita sebagai muslim, jangan ditanya apa Islam beri pada kita, sebaliknya bertanya apakah yang telah kita berikan pada Islam.

Dan ana percaya jika semua zauj-zaujah di muka bumi memegang prinsip ini "jangan ditanya apa yang telah diberikan oleh pasanganku kepadaku, sebaliknya aku harus bertanya apa yang aku berikan kepada pasanganku"..Insya Allah, kehidupan akan penuh bahagia..

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Rabu, 22 April 2009

Alaaa..apa sebab kena buat itu dan ini?

Ustaz : Tau tak apa hikmahnya solat?

Murid : Tak tau. Dah itu perintah agama..

Ustaz : Solat banyak faedahnya. Ia merupakan salah satu bentuk senaman. Tak payah penat-penat belajar yoga. Islam dah ada sistem senaman yang tersendiri.

Murid : Puasa pulak ustaz?

Ustaz : Puasa memberikan kesihatan kepada tubuh badan kita. Bayangkanlah, 11 bulan perut kita di siang hari memproses makanan. maka, Allah bagilah dalam tempoh setahun tu, 1 bulan untuk perut berehat. Ia melatih kita berjimat juga.

Murid : Tentang kena pakai tudung pulak ustaz? Tak relevanlah ustaz pakai tudung tengah-tengah panas. Sakit kepalaa...

Ustaz : Tudung dan menutup aurat ini memberi faedah kepada wanita dari gangguan lelaki. Lelaki ini suka mengusik perempuan yang suka pakai nampak bonjol-bonjol sana sini. Kalau wanita menutup aurat, Insya Allah, lelaki-lelaki di jalanan tidak akan berani nak kacau atau bersiul-siul. Kes rogol yang kerap berlaku selama ini mungkin akan berkurangan jika semua wanita menutup aurat dengan sempurna.

Kerana Itukah Kita Berbuat PerintahNya?

Memang benarlah, solat itu boleh bagi sihat tubuh badan. Puasa pun boleh merehatkan sistem pencernaan kita. Malah, ustazah sekolah ana pernah sebut, bertadarus AlQuran boleh menjadikan wajah kita awet muda. Mana taknya, nak menyebut setiap makhraj huruf, hukum-hukum tajwid menyebabkan lidah kita, gigi dan sebahagian otot-otot di sekitarnya bergerak. Tak payah kunyah-kunyah chewing-gum. Masalahnya, kerana semua perkara inikan kita beramal?

Solat itu mampu memberi kebaikan pada anggota badan. Tapi hikmah "sebagai suatu senaman otot" itu mungkin sahaja berada di ranking seribu daripada beribu-ribu hikmah solat. Begitu juga dengan puasa, menutup aurat dan sebagainya. Adakah kita hanya nak berbuat bila mana kita tahu hikmahnya dari segi jasmaniah. Untuk non-muslim, bolehlah kita cerita hikmah solat, puasa, menutup aurat itu,ini, dan sebagainya. Tapi untuk muslim, wajarkah kita asyik menceritakan hikmah sesuatu perintah itu dari sudut materi semata-mata. Sayanglah kalau begitu kan, bila tahu puasa tu boleh memberi kesihatan kepada orang yang berpuasa, baru nak berbuat, bukan atas asbab puasa itu adalah untuk mencari keredhaan Allah..

Sewajarnya, di dalam hati kita, ditanam suatu prinsip " Aku berbuat sesuatu perintah Allah kerana sememangnya ia adalah Perintah, maka aku akan berbuat tanpa terlalu banyak bersoal. Aku berbuat hanya kerana itu Perintah-MU". Lagipun dalam surah AlBaqarah ayat 285 ada disebut " Sami'na wa Ato'na" iaitu "kami dengar dan kami patuh", bukannya "kami dengar dan kami patuh setelah kami mengetahui hikmah-hikmah di sebaliknya"...

Tidak salah kita menyebut dan berbicara tentang keindahan dan hikmah di sebalik perintah Allah. Malah ia juga digalakkan, apabila kita mengetahui fadhilat-fadhilat solat dapat menjadi suatu senaman, puasa memberi kesihatan pada tubuh, Insya Allah iman kita akan sedikit meningkat kerana kita semakin yakin bahawa perintah Allah itu bukanlah suatu perintah yang sia-sia. Namun, janganlah hanya semata-mata hikmah-hikmah duniawi kita berbuat suatu perintah agama. Biarlah tatkala melaksanakan sesuatu perintah Allah, iman kita berbicara bahawasanya " Aku berbuat semua perintahMu ini kerana ia adalah perintahMu dan tiada lain yang aku dambakan selain keredhaanMU"..

Isnin, 20 April 2009

Islam ketenangan sebenarmu

Jacko memeluk Islam? ada yang mengatakan benar, ada yang mengatakan baru khabar angin..Mudah-mudahan memang benarlah, Jacko memeluk Islam dan beramal dengannya. Sebelum ini, Mike Tyson pun memeluk Islam ketika mana dia menderita atas pertuduhan merogol. Dia memeluk Islam ketika berada dalam penjara..Jacko pun selama ini mengalami banyak kes yang sama, dengan pelbagai masalah peribadi yang menyebabkan jiwanya tertekan..

Cuma bila ana baca cerita-cerita begini, jiwa ana rasa sebak..Dalam penderitaan yang mereka alami, akhirnya Islam menjadi pengubat jiwa mereka. Keperitan hidup mereka akhirnya menemukan mereka di jalan Allah. Memang sesetengah yang memeluk Islam itu adalah kerana tekanan hidup yang di alami seperti mike tyson, cat steven..sayangkan, kadang-kadang kita yang tak nampak indahnya Islam kan..Tapi, rata-rata yang murtad sememangnya menghadapi masalah tekanan jiwa. Yang ana pasti, bile bukak youtube tgok pengakuan video2 org yang murtad, takde lpas murtad tu jadi baik, malah perangai lebih teruk lagii...

Umat sendiri BUTA

Cuma bila ana kaitkan dengan kisah muallaf seperti kisah Mike Tyson memeluk Islam kerana mencari ketenangan selepas penderitaan hidup, ana bertambah sayuuu..yelah, bila mengingatkan yang umat Islam yang ada hari ini, contoh di Malaysia, menganggap Islam ini macam ancaman dan bebanan. Kenapa ek? Remaja-remaja Islam pada hari ini, ana tak pastilah kalau kita cakap ada ramai yang memeluk Islam, adakah mereka sekurang-kurangnya mampu menzahirkan kesyukurannya..?Umat Islam sendiri tak pernah merasa bangga dengan islam mereka..Mike Tyson tu bangga dapat memeluk Islam, malang, sesetengah umat Islam sendiri malah malu untuk mengaku dirinya ISLAM..Apa ertinya menganut Islam jika tidak merasakan mulianya diri ini kerana telah bergelar Islam..

Kalau diorang tidak kaji

Kebanyakan yang memeluk Islam ( macam saintis ), mereka menemui keindahan Islam setelah mereka mengkaji keajaiban dan keindahan Islam itu sendiri. Nak tunggu umat Islam dakwah kepada mereka..hemm, berapa kerat jela yang menyampaikan Islam. Ana tak ingat kata-kata siapakah ini, ana rasa dari kalangan muallaf yang terkenal kot..cuma bait-bait kata yang menyentuh hati ana adalah bila disebut " keindahan Islam itu terlindung disebabkan sikap penganut umat Islam itu sendiri "..

Selasa, 31 Mac 2009

Adam sayang Hawa, Hawa sayang Adam

hari pertama

Indah betul pagi ini..nyamannya..aku berjalan-jalan menikmati keindahan alam ini. Tiba-tiba ternampak la dua pasangan yang sedang berjalan-jalan, romantisnye..jeles pun ade..hehe

hari kedua

Aku pergi berjalan-jalan dengan adik aku, pergi tempat sukan, saja nak pergi riadhah..nampak lagi pasangan hari itu..waaahhhh..makin mesra, siap naik motor..lakinye bawak moto pelan2 aje nak menghargai masa yang ada bersama kekasihnya itu..hehe

Tertanya-tanya pula dalam benak hati ini, lepas kahwin, apa lak jadi dengan diorang bile dah kahwin?? Tungguuuu...

five years later

Hehe..kali ini turn aku pulak, jalan-jalan dengan isteri aku..huhu..orang tengok mesti jeles..tapi aku percaya, Islam memelihara hubungan lelaki-perempuan, sebab tuh disyariatkan untuk kawin, that is couple islami, bukan couple iblisi..hihi

Sedang aku berjalan-jalan dengan menikmati alam ( macam esei SPM BM plak..), tiba-tiba ternampak 2 pasangan yang pernah aku lihat sebelum ini..Ya, pasangan yang selama ini macam Romeo dan Juliet..hihi..tapi kenapa nampak macam tak mesra jer...yang laki berjalan, isteri di belakang tertinggal 5-6 ekar..dah kawin ke??

Hemmm...keindahan yang sepatutnya diperolehi selepas ijab kabul dah "terbeli" sebelum kahwin..nak buat camana?

Then, saya pun terdengar perbualan dua pasangan tuh..

Woman : Awak dulu bukan main lagi ekk..cakap sayang saya sepenuh hati..ke mana pegang tangansekarang jalan pun dah tak pandang ekh..

Man : Apa beza dengan awak, dulu before kahwin, cantik jer pakaian keluar dengan saya..make up lamanya 1/4 hari..sekarang ni kalau keluar berjalan dengan pakai kain batik pun dah cukup..

nak tulis pun dah tak larat, sampai hal dalam seluar pun disebut..segan pulak mendengarnya..

p/s cerita di atas hanya rekaan semata-mata..hehe

Kenapa Allah merahsiakan pertemuanku dengan si dia?

sebagai hamba Allah, rasa ingin mencintai dan dicintai adalah perkara biasa. Dan jalan yang menghalalkannya ialah NIKAH..banyak hikmah Allah merahsiakan pertemuan itu. Ia sebagai suatu persediaan bagi diri kita untuk melengkapkan diri dengan pelbagai keperluan,IMAN, ILMU dan sebagainya..

Selain itu, dengan menahan diri kita daripada bercinta, ia menjadikan hati kita makin bercambah dengan cinta, kerana kita menahan diri daripada mem'beri'nya kepada orang lain. Hanya menunggu masa sahaja untuk memberikannya kepada isteri/suami..So, orang yang bercinta lepas kahwin mendapat cinta yang secukupnya..hehe

yakinlah, pertemuan yang dihijab itu sangat indah sebenarnya..Maka, bersabarlah dengan ketentuanNya..