GUEST

Khamis, 22 September 2011

Para Pelaku Dosa Besar Tidak dDihukum Kafir

Syarah : Ustaz Abdul Wahab al-Bustami hafizahullah
Kitab : Aqidatus Salaf Wa Ashabul Hadith
Bab : Tidak Dihukum Kafir Seorang Muslim disebabkan dosanya

Khamis, 5 Mei 2011

Tafsir surah al-Ghafir ayat 36-37

ALLAH berfirman dalam al-Quran surah Ghafir ayat 36-37:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ (37)

Maksudnya: Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) (Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta! Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.

Persoalan:

Kenapakah Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya- hendak membina bangunan tinggi supaya dia boleh mencapai pintu-pintu langit sambil mendakwa Musa a.s berdusta? Apakah perkara yang Fir'aun tuduh Musa a.s berdusta akannya sehingga Fir'aun perlu naik ke langit untuk membuktikan kepada kaumnya yang Musa a.s berdusta? Apakah yang Musa a.s beritahu kepada Fir'aun sehingga dia begitu berang dan mendakwa Musa a.s dusta dan dia perlu naik ke langit untuk mempercayai kata-kata Musa a.s itu?

Jawab Imam Ahli Tafsir, Imam Al-Tabari (rh) [w.310 H]:

وقوله: (وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا.

Maksudnya: "dan firman-Nya (berkenaan kata-kata Fir'aun): " dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!", maksud katanya (Fir'aun) adalah: "dan sesungguhnya aku percaya Musa ini pendusta dalam apa yang dia katakana dan dakwakan BAHAWA DIA MEMPUNYAI TUHAN DI LANGIT YANG MENGUTUSNYA"

[Rujuk: Tafsir al-Tabari, juz 21 m.s 387, Tahqiq: Ahmad Syakir, cet Muassasah al-Risalah, cet Pertama, lihat juga: Tafsir ayat 38 Surah al-Qasas].



Kata Imam Abul Hasan al-Asy'ari (rh) [w.324 H] dalam kitab beliau, al-Ibanah:

كذب موسى عليه السلام في قوله: إن الله سبحانه فوق السماوات

Maksudnya: "Dia (Fir'aun) mendustakan Musa a.s berkenaan perkataan baginda: Bahawa ALLAH s.wt berada di atas langit".

Maka sejarah mencatatkan bahawa, makhluk pertama yang ingkar keberadaan ALLAH di atas Arasy di atas langit ketujuh adalah: Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya-



Kata al-Imam Ibn al-Qayyim (rh) dalam Nuniah beliau:

فإمام كل معطل في نفسه ... فرعون مع نمرود مع هامان

Maksudnya: "Maka Imam setiap Mu'attil itu pada dirinya adalah Fir'aun bersama Namrud dan juga Haman"

Oleh itu, ketahuilah wahai setiap muslim dan muslimah, Tuhan kamu; ALLAH itu Maha Tinggi, Tinggi pada Kemuliaan-Nya, Kekuasaan-Nya, dan ZAT-NYA kerana Dia meninggi di atas Arasy di atas langit ketujuh dengan ketinggian yang layak bagi zat-Nya tidak menyamai Makhluk sedikit pun .

sumber :

http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/notes/muhammad-asrie-sobri/siapakah-yang-pertama-ingkar-allah-di-langit/10150249805281745

Selasa, 19 April 2011

Taghut Yang Berbaju Cantik

Bismillahirrahmanirrahim..



Sungguh di zaman penuh fitnah ini, Taghut itu tampil dalam pelbagai bentuk dan warna. Dengan kepelbagaian ragam, taghut-taghut yang manis mulutnya, busuk hatinya, senantiasa akan berbicara dengan penuh senyuman, kadangkala bersulam makian, ada waktunya ditaburi janji-janji duniawi dan ukhrowi, sehingga manusia yang tamak haloba, akan rela diikat tengkuknya seperti anjing, atau dicucuk hidungnya seperti lembu, dan ia rela mengikut si taghut yang hebat itu ke mana sahaja hatta ke lubang jamban sekalipun.



Seharusnya menjadi perhatian bagi kaum Muslimin, mereka, yakni taghut-taghut itu, tidak senantiasa tampil serba hitam. Kerna, hitam itu telah diketahui adalah simbol KEJAHATAN. Mereka juga tidak sekadar tampil menyesatkan manusia dengan simbol ARAK, JUDI, DISCO, dan FREE SEX, kerana mereka tahu, manusia bisa mengenal itu adalah KEJAHATAN. Lantas, apakah cara yang mereka tempuhi?



Mereka bisa mengubah cara mereka dengan sedikit anjakan paradigma. Orang Islam kagum dengan jubah panjang, maka mereka meleretkannya melebihi buku lali. Para pengikut mereka kagum dengan serban yang BESAR serta EKOR YANG PANJANG, maka mereka tampil dengan imej itu. Anak-anak muda sangat bersemangat dengan kalimah 'Tiada Hukum Selain Hukum Allah', maka general Taghut itu lantas mengapi-apikan lagi jiwa gelora anak-anak muda, walhal mereka terlupa dengan kalimah yang didakwahkan para Rasul yakni 'TIADA ILAH YANG BERHAK DIIBADAHI MELAINKAN ALLAH'.



Dalam pada mereka tampil dengan NYALAKAN yang sangat nyaring itu, mereka hampir terlupa, atau buat-buat BUTA, bahawa perkara pertama yang Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa salam lakukan ketika peristiwa Fathu Makkah adalah dengan MENGHANCURKAN BERHALA-BERHALA yang berada di sekitar Ka'bah. Ataupun, mungkin mereka terlupa kenapakah Muhammad bin Abdullah Sollallahu 'alaihi wa salam memerangi manusia? Jawapannya di sini...

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Aku diperintah untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tiada Dzat yang berhak diibadahi selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, mereka menegakkan shalat dan memberikan zakat, jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka terjaga dariku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan amal mereka terserah Allah.” (Hadits Muttafaqun ‘Alaih dari Ibnu Umar radliyallahu 'anhu)



Taghut-taghut ini akan mempersiapkan diri mereka dengan BEKALAN JIWA sebagai simbol kekuatan mereka, dengan sebanyak mungkin ibadah, namun Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa salam terlebih dahulu telah MENCELA mereka.



“Akan muncul segolongan orang ditengah-tengah kalian dimana solat mereka lebih unggul jika dibandingkan dengan solat kalian. Puasa mereka lebih unggul jika dibangdingkan dengan puasa kalian, amal mereka jika dibandingkan dengan amal kalian. Mereka membaca Al Qur’an yang bacaannya tidak melepasi tengkorok. Mereka lepas dari agama sebagaimana anak panah yang lepas dari busurnya” (H. R. Bukhari & Muslim)



Mungkin juga, alasan mereka untuk memerangi manusia adalah kerana telah ramai kaum Muslimin yang telah MURTAD mengikut kefahaman mereka. Berapa ramai umat Islam telah berzina, maka mereka murtad! Sesiapa yang telah meneguk arak, maka mereka murtad! Dan, sesiapa yang tidak melaksanakan HUKUM Allah, maka telah murtad dan kafirlah seisi jiwa raganya.



Maka, dengan kesolehan mereka, merekalah yang layak dianggap sebagai Penghuni Alam Syurga, walaupun rupa mereka hanyalah seperti ANJING YANG TERJELIR LIDAHNYA..Tidak ada gunting yang bisa MENGERAT LIDAH ANJING-ANJING KEHAUSAN ini melainkan kebenaran yang turun bersama Isa 'alaihissalam di akhir zaman yang mana akan menghalau semua ANJING-ANJING ini bersama dengan rakan-rakan mereka...Wallahu a'lam

Sabtu, 8 Januari 2011

Barisan Yang Rapat Memperkuat Perpaduan Ummah

Islam adalah agama perpaduan. Slogan ini kerap kita dengar melalui forum-forum keagamaan yang menyentuh soal perpaduan dalam kalangan umat Islam. Hakikatnya, Islam sebenarnya telah mentarbiyah umatnya dalam soal perpaduan yang kadang kala, mungkin kita sendiri terlepas pandang. Antara bentuk tarbiyah itu adalah dalam soal meluruskan saf antara makmum ketika solat di belakang imam.

Sunnah yang kini diabaikan oleh para makmum apabila solat di belakang imam adalah dalam memastikan kaki dan bahu mereka bersentuhan dengan makmum di sebelahnya. Hal ini mungkin nampak kecil, namun ia telah dicontohkan oleh para sahabat ketika mereka bersolat di belakang Rasulullah SAW. Antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (2/176 dengan syarah fathul Bari), Imam Ahmad (3/182), Imam Mukhlis (al-Fawaid juz 1/10/2), dari beberapa jalur yang berasal dari Humaid ath-Thawil, dari Anas bin Malik r.a. yang menuturkan :

Solat telah diiqamati, lalu Rasulullah SAW menghadap kepada kami lalu bersabda :

"Tegakkanlah barisan, dan tetaplah, sesungguhnya aku dapat melihat kalian daripada balik punggungku"

Sementara itu, Imam Bukhari dalam riwayat lain menyatakan ucapan dengan tambahan redaksi berikut :

"Seseorang di antara kami menempelkan bahunya dengan bahu kawannya(makmum di sebelah) dan menempelkan kakinya dengan kaki kawannya(makmum di sebelah)"

Sementara itu, dalam sebuah hadis yang lain, iaitu hadith yang ditakhrij oleh Abu dawud (hadith no 662) , imam Ahmad (396), Imam Ahmad (4/276) dan Ad-Daulabi dalam al-Jadali, Husain bin Harith menceritakan :

"saya mendengar Nu'man bin Thabit berkata :

Rasulullah SAW menghadap ke arah jemaah dan bersabda :

"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkan barisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisisih" Lalu Nu'man berkata :

"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya" (hadith di atas disohihkan olehal-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32)

Dalam hadis kedua yang diriwayatkan Nu'man bin Thabit, Rasulullah SAW bersumpah dengan nama Allah, bahawa sekiranya para sahabat tidak merapatkan saf mereka, maka Allah SWT akan membuat hati mereka saling berselisih. Maka, para sahabat merapatkan saf mereka dengan merapatkan bahu mereka ke bahu makmum bersebelahan, dan begitu juga dengan kaki mereka.

Mungkin sahaja, hal ini dipandang remeh dan menganggap ia sekadar persoalan furu' yang tidak ada kena-mengena dengan soal perpaduan umat Islam, namun adakah kita akan mengambil ringan akan persaksian Rasulullah SAW sendiri yang telah menyaksikan "....atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisisih"

Hakikatnya, masih banyak lagi hal-hal yang menghalangi perpaduan umat Islam, contohnya yang bersangkutan dengan akidah, pecahan firqah-firqah yang wujud dalam masyarakat Islam. Apabila kaum Muslimin meninggalkan sunnah, biarpun dipandang kecil, maka mereka tidak akan beroleh kejayaan, biarpun berbagai usaha dilakukan untuk menyeru ke arah perpaduan umat Islam.

Mungkinkah kegagalan para makmum masjid pada hari ini menjadi punca gagalnya umat Islam pada hari ini bersatu? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui