Assalamualaikum warah matullah wa barakatuh..
segala puji bagi Allah yang memberi kita ruang untuk terus bernafas, menghirup udara segar kurniaanNya, lantas membolehkan kita terus berdiri dan terus bernyawa..
Terlebih dahulu, ana ingin memohon maaf jika bicara ana ini terdapat perkara-perkara yang melanggar syara, menyinggung perasaan dan sebagainya. Kata-kata ana boleh ditolak, tetapi kata-kata Allah dan Rasul-Nya tiada siapa yang boleh membangkangnya.
Sebagai hamba Allah yang waras, sudah tentu kita mengimpikan syurga, hatta jika ditanya kepada peminum arak, penzina dan pelaku dosa-dosa besar yang lain, nyata juga mereka mengimpikan syurga. Tetapi bagaimana pula persediaan kita?
Adakah memadai bekas lebam di dahi kita dari kesan sujud, kita kemukakan di hadapan Allah S.W.T. dan kita jadikan ia sebagai tiket untuk ke syurga Allah? Ataupun, cukup dengan serban dan jubah di tubuh melayakkan kita untuk mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. atas alasan kita sudah mengamalkan sunnahnya?
Ya Akh, syurga tidak semudah itu untuk kita gapai. Indahnya syurga itu menuntut kita semua sebagai muslim berkorban untuk mencari redha-Nya. Sudah mampukah kita mencapai redha-Nya? Mendapatkan keampunan-Nya sahaja sudah menjadi suatu rahmat yang tidak ternilai, apatah lagi redha dan cinta-Nya?
Kita pasti mengingini syurga, namun pernahkah kita merindui syurga? Ana yakin, kita sebagai insan yang hatinya mudah berbolak-balik ini kadangkala lebih banyak bercakap dari berbuat..Na'udzubillah min zalik..kita hendak syurga, tapi kita 'gila' dalam muamalat seharian, kita mahu syurga, tapi kita abadikan harta dunia sebagai 'syurga'..mana mungkin ini menjadi saksi untuk menyatakan kita ingin ke syurga.
Syurga hanya akan ada bagi mereka yang meredhai Allah dan Allah juga meredhai mereka. Firman Allah dalam 98 : 9
" Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadap Allah. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya "
Sama-samalah kita renungkan, sama ada kita benar-benar ingin mencari syurga selama ini??
Jumaat, 26 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan