Berikut penulis bawakan hadith-hadith berkenaan dengan sifat-sifat tangan, bahu Allah S.W.T, syurga, neraka dan takdir.




"Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla mengenggam segenggam (tanah) lalu berfirman "di Syurga, kerana rahmat-Ku" dan mengenggam segenggam (lain) lalu berfirman "di Neraka, dan aku tidak akan mempedulikannya""
Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam musnad (171/2), al-'Uqailli di dalam Ad-Dhuafa' ( m/s 93 ), Ibnu 'Addi di dalam al-Kamil (66/2) dan Ad-Daulabi di dalam Al-Asma' wal Kuna (2/48) dari hadith al-Hakam bin Sinan, dari Tsabit dari Anas secara marfu'.
al-Albani berkomentar:
"hadith ini bisa dikuatkan hingga menjadi sahih"
Hadith kedua :
"Allah S.W.T. menciptakan Adam. Ketika itu Dia menepuk bahu kanannya. Kemudian, Dia mengeluarkan keturunan yang putih bagai debu yang berterbangan. Setelah itu menepuk bahu kirinya, lalu mengeluarkan keturunan yang hitam pekat seperti arang. Dia berfirman kepada yang ada di sebelah kananNya lalu berfirman "ke syurga, dan Aku tidak peduli". Dan berfirman kepada ada yang ada di sebelah kirinya "ke neraka, dan Aku tidak peduli"
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan anaknya dalam Zawaidul-Musnad (6/441)
Hadith ketiga :
"Allah swt mengenggam satu genggaman dengan tangan kanan-Nya lalu berfirman 'ini untuk ini dan aku tidak peduli' dan mengenggam satu genggaman yang lain, yakni tangannya yang lain lalu berfirman ' ini untuk ini dan aku tidak peduli"
Hadith ini jua diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Memandang daripada hadith ini, tetap harus diingat bahawa Allah S.W.T itu sempurna, tiada setara dengan makhluk dan segala sifatnya seperti tangan, bahu, wajah dan sebagainya adalah sesuai dengan kemuliaanNya tanpa menyamakan dengan makhluk.

