Menyertai jemaah Haraki adalah suatu isu yang sangat hangat diperkatakan terutama di kalangan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi di Malaysia. Menjadi sebahagian daripada jemaah seolah-olah telah menyempurnakan kehidupannya sebagai daei walaupun ketika dalam organisasi, satu kerja pun dia tidak buat!
Namun, yang ingin penulis utarakan bukanlah persoalan ahli-ahli yang futur, jemaah manakah yang terbaik atau popular. Sebaliknya, mengulas apakah hukum sebenar menyertai kelompok-kelompok Harakiyyun. Adakah ia wajib, sunat, makruh, harus, atau haram?
Di sini penulis ingin mengemukakan dua pendapat yang baik :
1- haram menyertai Haraki/Jemaah
2- harus menyertai Haraki/Jemaah
Serta ulasan terhadap satu pendapat yang tidak ada dasarnya iaitu :
1- wajib
Pendapat yang mengatakan haram :
Sebahagian ulama dan para penuntut ilmu menganggap tidak boleh wujudnya berbilang jemaah atau boleh didefinisikan sebagai haram. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa ayat-ayat Quran yang melarang umat Islam terpecah menjadi beberapa kelompok. Antaranya adalah ayat berikut :
"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait dengan mereka sedikit pun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan dan membalasnya."
(6:159)
"Iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka" (30:32)
Dalam menafsirkan ayat 6:159, Imam Asy-Syaukani berpendapat :
"Ayat ini umum kepada seluruh orang kafir dan para mubtadi' yang membawa ajaran yang tidak diperintahkan Allah S.W.T Inilah pendapat yang benar kerana lafaznya adalah umum. Maka termasuk di dalamnya golongan ahli kitab, musyrikin dan ahli bidaah dari Ahlul Islam. Adapun erti syiya'an adalah firqah-firqah dan hizb-hizb."( fathul Qadiir)
Begitu juga dengan hadith dari Abu Hurairah r.a :
"Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan membenci tiga perkara. Maka Allah meredhai tiga perkara bila kalian menyembah-Nya, dan tidak menyekutukannya sedikitpun, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak berpecah. Dan Allah membenci tiga perkara, banyak berkata dengan katanya, banyak bertanya, dan membuang-buang harta"
Keterangan-keterangan di atas memberi gambaran seolah fenomena kewujudan haraki/organisasi/jemaah pada masa kini adalah dilarang dalam Islam
Pendapat yang mengatakan harus:
Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa boleh berbilang jemaah berdasarkan dalil daripada sirah Rasulullah S.A.W. yang menghantar para sahabat dalam jemaah-jemaah yang berasingan, setiap satu dengan misi tertentu seperti dakwah, risikan, dan seumpamanya seperti yang terdapat dalam kitab-kitab sirah muktabar. Para aktivis harakiyun mengambil teladan daripada kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. yang bijak mengatur strategi dakwah sebagai sarana untuk mewujudkan organisasi dakwah.
Pendapat yang menyimpang:
Sebilangan aktivis-aktivis haraki yang terlalu taksub dengan manhaj Haraki adakala menganggap wajib menyertai sebarang jemaah dengan berdalilkan sirah Baginda SAW. Sebilangannya juga menggunakan nas-nas berikut seperti :
"Sesungguhnya tangan Allah bersama al-jamaah dan sesungguhnya syaitan berlari bersama dengan orang yang memecah-belahkan jemaah" (hadith yang dikeluarkan Ibnu Hibban , dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arnauth dalam Sahih Ibnu Hibban semakannya hadith: 4557 dan juga sahih oleh al-Albani dalam Shahih AL-Jami' As-Saghir, hadith: 3621)
Dalam kitab Syarah Aqidah Wasathiyyah oleh Imam Ibnu Taymiyyah, telah dijelaskan maksud jemaah itu tersendiri. Sebenarnya jemaah lebih tepat merujuk kepada golongan-golongan Salafus Soleh yakni golongan yang mengikuti manhaj Islam yang tulen serta orang-orang yang mengikuti mereka ataupun secara umunya digelar Ahlus Sunnah wal Jamaah. Begitu juga dengan kata-kata Abdullah Ibnu Mas'ud :
"Jama'ah adalah yang selaras dengan kebenaran, sekalipun engkau berseorang diri"
Oleh itu, penulis dapat menyimpulkan yang dimaksud adalah larangan berjemaah/berharakiyun yang mempunyai dasar-dasar dan kepentingan sendiri seperti memperbesar jemaah, menjadikan jemaah sendiri jemaah terbaik, mempunyai sifat bersaing sesama sendiri daripada bersatu hati, dan melebihkan al-Wala' kepada jemaah sendiri berbanding umat Islam keseluruhannya. Selagi mana kewujudan sesuatu organisasi adalah sebagai alat menyebarkan dakwah seperti Institut al-Qayyim, pertubuhan al-Khadeem, bukan sebagai matlamat, serta menjadikan manhaj Salafus Soleh sebagai pegangan, maka itu tidaklah dilarang. Larangan sebegini juga menjurus kepada kewujudan parti-parti politik yang memperjuang asobiyyah, bukan terhad kepada organisasi/haraki dakwah sahaja.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan, dapat penulis rumuskan bahawa hal menyertai jemaah adalah terserah kepada individu, ingin menganggapn haram menyertai jemaah atau sekadar harus menyertainya. Namun, penulis ingin mengingatkan jangan sama sekali kita beriktikad menyertai jemaah/haraki adalah wajib dengan bersandarkan dalil-dalil yang tidak tepat serta berpandukan rasional akal yang menganggap bahawa umat Islam wajib berharaki untuk melicinkan proses dakwah memandangkan keadaan umat Islam yang semakin teruk memerlukan suatu organisasi yang sanggup berjuang!
Adakah kewujudan haraki akan melicinkan proses dakwah?
Ini jawapan Syaikh Solih al-Uthaimeen :
"Dakwah akan menjadi kuat apabila seseorang bernaung di bawah al-Quran dan as-Sunnah serta mengikuti dasar Nabi Muhammad SAW serta para Khulafa ar-Rasyideen"
(Ibnu Uthaimeen, Ash-Shahwah Al-Islamiyyah 154-155)
Rabu, 23 Disember 2009
Jumaat, 4 Disember 2009
Berbalik Kepada yang Tulen
Apa yang anda nampak tentang Islam?
Yasin malam Jumaat? Tahlil? Doa Selamat? Solat Jumaat? Puasa Ramadhan?
Jika hal ini ditanyakan kepada mereka yang kurang pemahamannya terhadap Islam, maka beginilah jawapannya. Islam itu di masjid, surau, pakai baju Melayu dan sebagainya. Islam dipandang dalam suatu skop yang sangat kecil.
Mereka yang berpandangan liberal, mungkin lain pula jawapannya. Kelompok yang liberal akan menjawab :
"Islam itu bebas. Niat yang baik sudah memadai. Tidak mengapa berpeluk, memegang tangan ajnabi dalam filem jika niat baik bertujuan menyedarkan masyarakat. Tidak mengapa tidak pakai tudung kalau hati baik. Minum arak sedikit tidak mengapa jika tidak memabukkan"
Bagaimana pendirian Islam terhadap golongan "Islam di masjid" dan golongan "Islam atas dasar akal"?
Kelompok "Islam di masjid" adalah terdiri daripada golongan umum. Mereka terdedah kepada manhaj yang berpendirian "Islam milik pak-pak ustaz", sehingga apa sahaja yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz, sebulat suara mereka menerimanya. Ustaz kata 'lafaz niat solat' kena sebut, maka umum menerimanya, sampaikan angkat takbir tiga hingga empat kali tidak selesai. Mereka terdedah kepada manhaj yang sempit, tidak boleh berpegang banyak dalil walaupun ada dalil. Kita tidak mampu menyalahkan mereka sepenuhnya kerana jadual kehidupan mereka yang begitu padat, kesibukan dengan keluarga, dan komitmen-komitmen dunia yang lain. Apabila hadir ke masjid mahu mendengar ceramah dan menuntut ilmu, ustaz-ustaz yang ada pula terus menyebarkan budaya bertaklid dalam beragama. Memang benar, bukan semua orang mampu berijtihad memilih dalil sedangkan bagi sesetengahnya, baca Quran pun merangkak. Namun, peranan yang harus dimainkan oleh pengajar ilmu adalah mengembangkan minda masyarakat agar masyarakat memandang Islam dalam skop yang luas. Seperti kata Dr. Asri "jadikan Islam itu luas"
Namun, dalam kita menjadikan Islam itu luas atau dalam bahasa lainnya "Minda Tajdid", ada perkara besar yang perlu diperhati. Jika tersalah langkah dalam men'tajdid'kan pemikiran, ia mampu mengubah minda mengarah kepada pemikiran yang jauh lebih berbahaya iaitu "Liberal". Kita boleh melihat sendiri sebenarnya bagaimana pemikiran liberal sedang menyerang golongan-golongan yang berpendidikan tinggi. Wanita tidak bertudung tidak menjadi masalah dengan menyandarkan kepada dalil berikut :
"Allah S.W.T. tidak memandang kepada rupa paras kalian, tetapi hati-hati kalian" (Sahih Bukhary)
Puak-puak liberal ini tidak bertaklid kepada ustaz-ustaz seperti kelompok pertama, tetapi mereka berdalil mengikut pemahaman nafsu dan akal. Malah, kelompok yang lebih handal menganggap turunnya ayat yang menyuruh wanita bertudung dan melabuhkannya hanya khusus kepada wanita-wanita Arab sahaja. Kenapa mereka beralasan sebegitu?
Inilah contohnya :
"Perintah memakai tudung itu khusus kepada masyarakat Arab yang hidup di tengah-tengah padang pasir. Dengan keadaan gurun dan debu-debu pasir yang berterbangan, wajar perintah bertudung dan memakai hijab diturunkan untuk kemashalatan mereka. Oleh itu, hal tersebut tidaklah sesuai bagi masyarakat yang hidup di tengah-tengah bandar yang tidak ada keperluan bagi wanita melindungi kepala mereka dari debu-debu pasir. Bahkan, Islam itu bersifat sejagat dan wasatan. Maka, perintah bertudung akan menghapuskan kebebasan bangsa Cina untuk menggayakan Cheong Sam dan bangsa India menggayakan Saree serta hak-hak asasi bangsa lain untuk mengamalkan budaya mereka"
Pernyataan di atas adalah contoh kedahsyatan pemikiran liberalisme yang menyerang ideologi masyarakat. Lihatlah satu lagi contoh bagaimana pemikiran liberal menghalalkan budaya berpegangan tangan, berpeluk lelaki-perempuan di dalam filem atas alasan memberi mesej berguna kepada masyarakat dan alasan yang lebih parah,UNTUK BERDAKWAH!!!
Suatu ketika seorang artis lelaki, Mawi pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu menyentuh wanita ketika berlakon. Maka, semua penggiat seni memberi respons buruk terhadap kenyataan artis itu. Yang jahil akan berkata Mawi tidak bersikap professional. Bagi yang bijak ber'dalil', cuba anda nilai hujah mereka :
"Memang kita mengakui haram menyentuh mereka yang ajnabi atau bukan mahram. Namun, kita hanya berlakon. Dan tujuan kita murni, memberi mesej berguna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, kita perlu lihat ada keutamaan yang lebih besar iaitu memberi mesej kepada masyarakat atau dalam erti kata lain berdakwah. Bukankah segala amal perbuatan itu bergantung kepada niat"
Lihatlah betapa dahsyat dan jahilnya ideologi liberalisme ini. Maka, bagaimana kita seharusnya bersikap sewajarnya dalam memahami Islam agar kita tetap dalam kelompok Ummatan Wasatan (umat pertengahan)
Jawapannya sangat mudah. Kembalilah kita kepada manhaj yang tulen iaitu manhaj Islam di era Salaf. Manhaj Salaf bukanlah manhaj yang menyeru supaya menukar kenderaan BMW kepada unta padang pasir. Manhaj Salaf menyeru kepada pembersihan akidah yang tulen, beittiba' kepada ibadah sohihah, dan berbagai lagi prinsip-prinsip lain.
Manhaj Islam yang tulen akan tetap selamat dan bersifat sejagat dan tetap mampu diamalkan oleh semua bangsa dan mampu merentas masa. Maka, timbanglah amalan kita dengan neraca Salaf, di situ akan terungkai segala kebenaran yang tersembunyi.

Langgan:
Catatan (Atom)