Apa yang anda nampak tentang Islam?
Yasin malam Jumaat? Tahlil? Doa Selamat? Solat Jumaat? Puasa Ramadhan?
Jika hal ini ditanyakan kepada mereka yang kurang pemahamannya terhadap Islam, maka beginilah jawapannya. Islam itu di masjid, surau, pakai baju Melayu dan sebagainya. Islam dipandang dalam suatu skop yang sangat kecil.
Mereka yang berpandangan liberal, mungkin lain pula jawapannya. Kelompok yang liberal akan menjawab :
"Islam itu bebas. Niat yang baik sudah memadai. Tidak mengapa berpeluk, memegang tangan ajnabi dalam filem jika niat baik bertujuan menyedarkan masyarakat. Tidak mengapa tidak pakai tudung kalau hati baik. Minum arak sedikit tidak mengapa jika tidak memabukkan"
Bagaimana pendirian Islam terhadap golongan "Islam di masjid" dan golongan "Islam atas dasar akal"?
Kelompok "Islam di masjid" adalah terdiri daripada golongan umum. Mereka terdedah kepada manhaj yang berpendirian "Islam milik pak-pak ustaz", sehingga apa sahaja yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz, sebulat suara mereka menerimanya. Ustaz kata 'lafaz niat solat' kena sebut, maka umum menerimanya, sampaikan angkat takbir tiga hingga empat kali tidak selesai. Mereka terdedah kepada manhaj yang sempit, tidak boleh berpegang banyak dalil walaupun ada dalil. Kita tidak mampu menyalahkan mereka sepenuhnya kerana jadual kehidupan mereka yang begitu padat, kesibukan dengan keluarga, dan komitmen-komitmen dunia yang lain. Apabila hadir ke masjid mahu mendengar ceramah dan menuntut ilmu, ustaz-ustaz yang ada pula terus menyebarkan budaya bertaklid dalam beragama. Memang benar, bukan semua orang mampu berijtihad memilih dalil sedangkan bagi sesetengahnya, baca Quran pun merangkak. Namun, peranan yang harus dimainkan oleh pengajar ilmu adalah mengembangkan minda masyarakat agar masyarakat memandang Islam dalam skop yang luas. Seperti kata Dr. Asri "jadikan Islam itu luas"
Namun, dalam kita menjadikan Islam itu luas atau dalam bahasa lainnya "Minda Tajdid", ada perkara besar yang perlu diperhati. Jika tersalah langkah dalam men'tajdid'kan pemikiran, ia mampu mengubah minda mengarah kepada pemikiran yang jauh lebih berbahaya iaitu "Liberal". Kita boleh melihat sendiri sebenarnya bagaimana pemikiran liberal sedang menyerang golongan-golongan yang berpendidikan tinggi. Wanita tidak bertudung tidak menjadi masalah dengan menyandarkan kepada dalil berikut :
"Allah S.W.T. tidak memandang kepada rupa paras kalian, tetapi hati-hati kalian" (Sahih Bukhary)
Puak-puak liberal ini tidak bertaklid kepada ustaz-ustaz seperti kelompok pertama, tetapi mereka berdalil mengikut pemahaman nafsu dan akal. Malah, kelompok yang lebih handal menganggap turunnya ayat yang menyuruh wanita bertudung dan melabuhkannya hanya khusus kepada wanita-wanita Arab sahaja. Kenapa mereka beralasan sebegitu?
Inilah contohnya :
"Perintah memakai tudung itu khusus kepada masyarakat Arab yang hidup di tengah-tengah padang pasir. Dengan keadaan gurun dan debu-debu pasir yang berterbangan, wajar perintah bertudung dan memakai hijab diturunkan untuk kemashalatan mereka. Oleh itu, hal tersebut tidaklah sesuai bagi masyarakat yang hidup di tengah-tengah bandar yang tidak ada keperluan bagi wanita melindungi kepala mereka dari debu-debu pasir. Bahkan, Islam itu bersifat sejagat dan wasatan. Maka, perintah bertudung akan menghapuskan kebebasan bangsa Cina untuk menggayakan Cheong Sam dan bangsa India menggayakan Saree serta hak-hak asasi bangsa lain untuk mengamalkan budaya mereka"
Pernyataan di atas adalah contoh kedahsyatan pemikiran liberalisme yang menyerang ideologi masyarakat. Lihatlah satu lagi contoh bagaimana pemikiran liberal menghalalkan budaya berpegangan tangan, berpeluk lelaki-perempuan di dalam filem atas alasan memberi mesej berguna kepada masyarakat dan alasan yang lebih parah,UNTUK BERDAKWAH!!!
Suatu ketika seorang artis lelaki, Mawi pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu menyentuh wanita ketika berlakon. Maka, semua penggiat seni memberi respons buruk terhadap kenyataan artis itu. Yang jahil akan berkata Mawi tidak bersikap professional. Bagi yang bijak ber'dalil', cuba anda nilai hujah mereka :
"Memang kita mengakui haram menyentuh mereka yang ajnabi atau bukan mahram. Namun, kita hanya berlakon. Dan tujuan kita murni, memberi mesej berguna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, kita perlu lihat ada keutamaan yang lebih besar iaitu memberi mesej kepada masyarakat atau dalam erti kata lain berdakwah. Bukankah segala amal perbuatan itu bergantung kepada niat"
Lihatlah betapa dahsyat dan jahilnya ideologi liberalisme ini. Maka, bagaimana kita seharusnya bersikap sewajarnya dalam memahami Islam agar kita tetap dalam kelompok Ummatan Wasatan (umat pertengahan)
Jawapannya sangat mudah. Kembalilah kita kepada manhaj yang tulen iaitu manhaj Islam di era Salaf. Manhaj Salaf bukanlah manhaj yang menyeru supaya menukar kenderaan BMW kepada unta padang pasir. Manhaj Salaf menyeru kepada pembersihan akidah yang tulen, beittiba' kepada ibadah sohihah, dan berbagai lagi prinsip-prinsip lain.
Manhaj Islam yang tulen akan tetap selamat dan bersifat sejagat dan tetap mampu diamalkan oleh semua bangsa dan mampu merentas masa. Maka, timbanglah amalan kita dengan neraca Salaf, di situ akan terungkai segala kebenaran yang tersembunyi.
Jumaat, 4 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
huh
BalasPadamcam tak caya jer hafis buat artikel ni.hehe
cam hairy @ pemikiran nya sudah di transfer ke otak anta..
keep it up !
ada artikel membangkit semangat dakwah tak?
huhu jgn layan sgt hal2 fuuruq akh =P
mantap tulisan enta, syeikh!
BalasPadamteruskan lagi usaha demi dakwah islam