GUEST

Sabtu, 30 Januari 2010

"LURUS DAN RAPATKAN SAF"

"Lurus dan rapatkan saf, serta penuhkan saf di hadapan, pastikan tumit anda sebaris dengan jemaah yang lain"

Dialog ini adalah peringatann yang sering diberikan imam kepada para makmum sebelum mengangkat takbiratul ihram. Namun, kebanyakan imam lupa, terlupa atau tidak sengaja untuk memberi peringatan berikut :

"Pastikan kaki anda dengan bahu anda menyentuh jemaah lain"

Memelihara Saf dengan Sebaik Mungkin

Antara sunnah yang sering diabaikan oleh para jemaah sama ada di surau atau masjid adalah memastikan kaki dan bahu mereka bersentuhan dengan makmum di sebelahnya. Hal ini mungkin nampak kecil, namun ia telah dicontohkan oleh para sahabat ketika mereka bersolat di belakang Rasulullah SAW.

Hadith pertama :

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (2/176 dengan syarah fathul Bari), Imam Ahmad (3/182), Imam Mukhlis (al-Fawaid juz 1/10/2), dari beberapa jalur yang berasal dari Humaid ath-Thawil, dari Anas bin Malik r.a. yang menuturkan :

Solat telah diiqamati, lalu Rasulullah SAW menghadap kepada kami lalu bersabda :


" Tegakkanlah barisan, dan tetaplah, sesungguhnya aku dapat melihat kalian daripada balik punggungku"

Sementara itu, Imam Bukhari dalam riwayat lain menyatakan ucapan dengan tambahan redaksi berikut :
"Seseorang di antara kami menempelkan bahunya dengan bahu kawannya(makmum di sebelah) dan menempelkan kakinya dengan kaki kawannya(makmum di sebelah)

Hadith kedua :

Hadith yang ditakhrij oleh Abu dawud (hadith no 662) , imam Ahmad (396), Imam Ahmad (4/276) dan Ad-Daulabi dalam al-Jadali, Husain bin Harith menceritakan :

"saya mendengar Nu'man bin Thabit berkata :

Rasulullah SAW menghadap ke arah jemaah dan bersabda :


"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkan barisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisish" Lalu Nu'man berkata :

"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"

hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32

"Begitulah petunjuk Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam hal merapatkan saf dalam solat berjemaah. Kini, ramai yang menganggap remeh sedangkan daripada kedua-dua hadith di atas jelas betapa seriusnya Baginda dan para sahabat dalam hal memelihara saf ketika solat berjemaah"

2 ulasan:

  1. salam. bagus dan bernas sungguh catatan ni. ramai umat islam di masjid smlm x ikut langsung suruhan nabi yang satu ni. saf tunggang langgang. punyalah jauh masing2 antara satu dengan lain. konon2 nanti duduk tahiyah akhir tak sempit. dah ajak tutup saff yg lompang, dia buat muka.. ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. saudara, izinkan sy buat link from my blog to this article eh. thanks.

    BalasPadam
  2. Setelah ku amati ayat2 suci alquran dan mengulas ayat termasuk asbabu nuzul dlm tazkirah selama 21 tahun dmasjidku selaku imam dpt membuat kesimpulan bahawa Allah cukup jaga kesopanan dlm solat sehingga jgn mengganggu keselesaan jemaah lain dlm solatnya.Usahlah terlalu rapat bahu n tumit sehingga mengganggu kekhusyukkan bersolat dlm berjemaah.

    BalasPadam